KECOH di media sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini apabila pencipta kandungan, Iman Kamil memuat naik video mengakui dirinya mencacah tatu pada tubuh susulan fasa sukar dilalui dalam kehidupannya.Dalam pengakuan pempengaruh itu, tatu berkenaan didakwa membawa simbolik perjalanan hidup, ujian serta pengalaman peribadi yang pernah ditempuhinya. Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen termasuk agamawan dengan ada yang bersimpati, namun tidak kurang juga mempersoalkan tindakannya dari sudut agama dan kesihatan mental.Jika mengambil tafsiran daripada ChatGPT, secara keseluruhan, tatu pada lengan kiri pempengaruh itu dilihat sebagai gabungan beberapa elemen simbolik yang membentuk satu 'cerita hidup', bukan membawa satu makna tunggal.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Influencer Iman Kamil cacah tatu di lengan kiri, beri bayangan berdepan ujian berat - “Dosa aku terzahir di badan”1. Siluet lelaki berjalan sendirian - Melambangkan perjalanan hidup, rasa keseorangan dan bergerak ke hadapan walaupun sukar. Simbol ini ada kalanya dikaitkan dengan fasa sukar, tetapi tidak semestinya masalah mental.2. Latar bandar - Melambangkan impian dan cita-cita, kehidupan urban yang diselubungi tekanan, cabaran.3. Burung - Melambangkan kebebasan, kekuatan dan melepaskan diri daripada masalah. 4. Kompas atau elemen mekanikal - Melambangkan seseorang yang mungkin sedang mencari arah hidup, identiti atau mencari penyelesaian kepada sesuatu. 5. Bunga ros - Melambangkan simbol klasik kepada percintaan, pengorbanan atau kesakitan.Kesimpulannya, gabungan kesemua simbol ini membawa maksud seseorang yang sedang melalui perjalanan hidup mencabar, mencari arah, pernah melalui kesakitan tetapi masih menyimpan harapan untuk masa depan lebih baik.Namun, tatu tersebut tidak boleh disimpulkan sebagai bukti individu mempunyai masalah mental, sebaliknya lebih kepada gambaran kesepian, keletihan emosi dan fasa pencarian diri, naratif tentang perjuangan, perjalanan dan harapan.Pandangan pakarIni selari dengan pandangan Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Fauziah Mohd Saad yang berpendapat penilaian psikologi perlu melihat keseluruhan fungsi individu, bukan hanya simbol luaran seperti tatu."Tatu tersebut “legit” sebagai ekspresi diri dan ada kaitan dengan pengalaman emosi, tetapi ia bukan bukti kukuh seseorang mempunyai masalah mental. "Penilaian psikologi perlu melihat keseluruhan fungsi individu, bukan hanya simbol luaran seperti tatu. Beliau turut mengulas cacahan tatu dari perspektif psikologi:1. Refleksi pengalaman emosi- Tatu berkait kesedihan, kehilangan atau perjuangan hidup boleh mencerminkan usaha memberi makna kepada pengalaman- Ia boleh dilihat sebagai bentuk self-expression atau naratif diri2. Petunjuk kepada tekanan emosi (jika ada ciri tertentu)- Elemen seperti kesakitan melampau, kematian atau self-harm secara berulang mungkin berkait dengan distress- Namun, ia perlu dinilai secara menyeluruh, bukan berdasarkan tatu semata-mata3. Fungsi lebih penting daripada bentuk- Persoalan utama: Mengapa tatu itu dipilih?- Sama ada untuk penyembuhan, kenangan, identiti atau pelarian emosi4. Perbezaan sihat vs berisiko- Sihat: simbol kekuatan, pemulihan, perjalanan hidup- Berisiko: dibuat secara impulsif, berulang atau sebagai hukuman diriPerkongsian terbaharu Iman Kamil di Instagram. Kesimpulanya, tatu boleh menjadi ekspresi emosi yang sah, tetapi tidak boleh dijadikan asas untuk menilai kesihatan mental seseorang tanpa melihat keseluruhan fungsi individu.Sementara itu, Pakar Psikiatri & Ahli Malaysia Psychiatric Association, Dr Ahmad Rostam Md Zain berpandangan sebarang tingkah laku yang mendatangkan kesakitan kepada diri bukanlah bentuk pemulihan yang betul."Ia adalah coping skill yang tidak membantu untuk kesan jangka panjang."Kalau seseorang seseorang itu gunakan tatu sebagai penceritaan trauma, ia bukan satu benda yang pada pandangan saya bukan mendatangkan kebaikan jangka panjang. "Anda menggambarkan trauma di atas badan anda, bagaimana anda nak pulih daripada trauma itu sekiranya cacah pada badan," ujarnya. Dr Ahmad Rostam menambah, pempengaruh tersebut jelas memerlukan bantuan segera bagi mengatasi situasi dialaminya. "Jika lihat video yang ditunjukkan, individu itu memerlukan bantuan. Saya rasakan bantuan yang diperlukan bersifat urgent."Saya tidak boleh membuat telahan mengapa dia gunakan media sosial untuk announce apa dia lalui dan alami, tapi menunjukkan petanda dia memerlukan bantuan dengan segera," ujarnya.Dr Ahmad Rostam turut memberitahu pada masa ini sokongan keluarga dan rakan-rakan mampu memainkan peranan dalam membantunya.Ini kerana katanya, majoriti individu yang mengalami isu kesihatan mental lebih mudah melakukan perkara tidak rasional ketika mengalami tekanan yang tinggi."Dalam konteks seorang pempengaruh, yang dilihat idola kepada orang di luar sana, pempengaruh ada satu garisan yang dia tak boleh cross iaitu tanggungjawab kepada ribuan orang yang idolakan dirinya," ujarnya lagi.Menurut Pakar Perunding Psikiatri UMSC (Pusat Pakar Universiti Malaya), Profesor Dr Nor Zuraida Zainal pula, tingkah laku bertentangan dengan norma budaya dan agama boleh menjadi tanda coping mechanism yang tidak sihat.Beliau mencadangkan beberapa alternatif lebih sihat:- Bercerita dengan individu dipercayai- Mendapatkan sokongan social- Mendekatkan diri kepada Tuhan- Solat, zikir dan membaca al-Quran- Bersenam 20–30 minit, tiga kali seminggu- Mengamalkan pemakanan seimbang- Menjauhi rokok dan alcohol- Mempunyai hobi- Memelihara haiwan kesayangan- Melancong jika berkemampuan.