Kanak-kanak yang tantrum lazimnya kerana kemahuan mereka tidak dipenuhi atau inginkan perhatian ibu bapa. -Gambar hiasan AI
DALAM fasa membesar, tantrum merupakan antara cabaran paling biasa dihadapi ibu bapa, khususnya apabila anak masih belum mampu mengawal emosi atau meluahkan kehendak dengan jelas.Ada kalanya, tangisan dan jeritan itu tercetus hanya kerana perkara kecil sepeti tidak dapat apa dihajati atau sekadar mahukan perhatian. Namun, tanpa pendekatan yang tepat, situasi ini boleh bertukar tegang apabila ibu bapa turut hilang sabar dengan tantrum anak.Seorang ibu yang aktif berkongsi tip keibubapaan, dikenali sebagai @fereen_coen, tampil berkongsi satu teknik ringkas membantu meredakan tantrum anak dengan lebih berkesan.Menurutnya, kaedah ini sebenarnya berasaskan konsep sama seperti “Korean Jeong Pause” atau “Stop Tantrum in 60 Seconds”, namun dipermudahkan dalam bentuk teknik S.A.L.T. (Stop And Listen Thoughtfully).Berikut langkah-langkah yang dikongsikan:S – Stop (Berhenti seketika)• Diam dahulu, elakkan bercakap atau terus memberi reaksi.• Jika sedang berdiri, segera turun ke paras anak — duduk atau bertinggung supaya berada pada ‘level’ yang sama.• Pastikan kedudukan mata bertentang mata, seolah-olah “selevel” dengan anak.• Ini penting untuk mengelakkan situasi menjadi lebih tegang dalam 60 saat pertama.A – Attend (Beri perhatian penuh)• Kekal diam dan fokus pada anak.• Pandang mata mereka dengan penuh kasih sayang, bukan dengan riak marah.• Jika anak mengalihkan pandangan, teruskan usaha untuk ‘connect’ semula dengan lembut.• Pada fasa ini, anak mula tertanya-tanya kerana reaksi ibu bapa berbeza daripada kebiasaan.• Elakkan memberi alasan, mengalih perhatian atau menawarkan mainan kerana ketika ini emosi anak masih ‘meluap’ dan belum bersedia menerima rasional.L – Listen (Dengar emosi anak)• Dengar dan fahami emosi anak walaupun tanpa kata-kata.• Sentuhan lembut seperti menggosok belakang boleh membantu menenangkan mereka.• Kekal tenang dan biarkan tantrum reda dengan sendiri.• Apabila anak mula bertenang, peluk dan beri sentuhan menenangkan supaya mereka rasa selamat dan disayangi.T – Talk (Berbual selepas tenang)• Hanya mula bercakap apabila anak benar-benar sudah reda.• Ajak anak menarik nafas bersama untuk menstabilkan emosi.• Validasi perasaan mereka dengan ayat mudah seperti ‘Abang marah ya?’ atau ‘Mama nampak abang sedih sebab tak dapat mainan tu…’• Selepas itu, barulah jelaskan situasi dengan cara lembut dan mudah difahami.Selepas tantrum reda, ibu bapa digalakkan untuk terus mengalihkan perhatian anak kepada aktiviti lain bagi mengelakkan emosi negatif itu ‘tercetus’ semula.Menurutnya, sering kali ibu bapa melakukan perkara sebaliknya dengan terus menegur, memarahi atau cuba ‘memenangi’ situasi ketika emosi anak masih memuncak.Intipatinya, ibu bapa perlu menenangkan diri terlebih dahulu sebelum membantu anak mengawal emosi. Dalam erti kata lain, jangan ‘menambah garam pada luka’.Walaupun tidak memberi kesan serta-merta, pendekatan ini mampu mengurangkan kekerapan dan tempoh tantrum jika diamalkan secara konsisten.Akhirnya, anak bukan sahaja belajar mengawal emosi, malah memahami perasaan mereka diterima dalam suasana selamat dan penuh kasih sayang.