Selain meraih pahala, bersahur juga memastikan badan kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa. -Gambar hiasan AI
AMALAN puasa enam pada bulan Syawal sememangnya digalakkan sebagai pelengkap kepada ibadah Ramadan. Namun dalam keterujaan untuk melaksanakannya, ada yang terlupa bahawa keadaan tubuh juga perlu diambil kira. Tidak kurang juga yang terus berpuasa tanpa persediaan secukupnya, sehingga akhirnya berdepan keletihan dan masalah kesihatan.ARTIKEL BERKAITAN: Tak salah bersenam sebelum sahur... Tapi jangan abaikan 6 perkara ini jika mahu ibadah puasa anda lancarSeorang doktor, Dr Azra Aziz berkongsi beberapa panduan asas yang wajar diberi perhatian sebelum memulakan puasa sunat tersebut:1. Ambil sahur walaupun dalam kuantiti kecilSahur berperanan penting dalam membekalkan tenaga sepanjang hari. Mengabaikannya boleh menyebabkan badan cepat lemah, kekurangan air dan sukar menahan lapar.2. Pastikan pengambilan air mencukupiKeperluan hidrasi perlu dipenuhi secara berperingkat pada waktu malam, termasuk selepas berbuka, sebelum tidur dan ketika sahur bagi mengelakkan dehidrasi.3. Kawal pemakanan ketika berbukaPengambilan makanan secara berlebihan selepas seharian berpuasa boleh mengganggu sistem penghadaman, selain menyebabkan ketidakselesaan seperti kembung perut dan mengantuk.4. Dapatkan rehat secukupnyaTidur yang mencukupi membantu tubuh kekal bertenaga. Kekurangan rehat boleh menyebabkan badan lebih mudah penat ketika berpuasa.5. Peka terhadap keadaan diriIndividu disarankan untuk tidak memaksa diri sekiranya mengalami gejala seperti pening atau keletihan melampau, sebaliknya menyesuaikan amalan mengikut kemampuan fizikal masing-masing.Dr Azra turut menasihatkan amalan puasa sunat ini tidak perlu dilakukan secara berturut-turut sekiranya tidak mampu.Sebaliknya, ia boleh dilaksanakan secara berselang, selaras dengan kemampuan dan keadaan kesihatan individu.“Puasa itu ibadah, bukan perlumbaan. Kalau tak mampu berturut-turut enam hari, buat selang-selang. Berpuasalah dengan keadaan badan anda yang bersedia”, ujarnya.