Sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak memberi kesan negatif untuk perkembangan si kecil. -Gambar hiasan AI
PERKEMBANGAN kanak-kanak bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor genetik, malah banyak dicorakkan melalui persekitaran dan cara asuhan ibu bapa sejak di awal usia.Dalam kesibukan membesarkan anak, ada beberapa perkara sering dianggap remeh, namun sebenarnya memberi kesan besar terhadap tumbesaran mereka. Seorang occupational therapist (ahli terapi cara kerja) berkongsi, sepanjang pengalamannya memantau perkembangan kanak-kanak, terdapat beberapa kesilapan kecil kerap dilakukan ibu bapa tanpa disedari.ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar ‘sumbat’ susu dan bagi gajet... Ini 5 tip beraya dengan anak kecil, elak si manja tantrumMenurutnya, perkara-perkara ini walaupun nampak biasa, boleh memberi impak kepada perkembangan bahasa, sosial dan kemahiran motor anak.1. Pendedahan skrin terlalu awalMemberikan screen time kepada anak berusia bawah dua tahun secara berlebihan boleh menjejaskan perkembangan mereka.Antara kesannya termasuk, kurang eye contact, kurang interaksi dan kurang komunikasi.Ini berlaku kerana anak menerima terlalu banyak input tanpa peluang untuk berinteraksi (output), sekali gus melambatkan perkembangan bahasa dan sosial.2. Terlalu membantu, tidak beri peluang anak mencubaAda ibu bapa cenderung melakukan semua perkara untuk anak tanpa memberi ruang untuk mereka belajar sendiri.Contohnya, memakaikan kasut tanpa biar anak cuba dahulu, menyuap makan tanpa beri peluang anak makan sendiri. 3. Terlalu banyak mainanMainan yang terlalu banyak boleh menyebabkan anak cepat bosan dan sukar fokus kerana perhatian mereka mudah terganggu.Ibu bapa digalakkan untuk menghadkan jumlah mainan pada satu masa. Ajar anak fokus dan habiskan satu aktiviti sebelum beralih ke yang lain. 4. Kurang aktiviti bermain di lantai (floor play)Floor play penting untuk membantu perkembangan motor kasar (kekuatan dan postur badan), koordinasi dan eksplorasi persekitaran.Jika anak terlalu kerap berada di stroller atau kerusi bayi, peluang untuk bergerak dan meneroka menjadi terhad.5. Kurang berkomunikasi dengan anakWalaupun anak belum boleh bercakap, otak mereka sebenarnya sangat aktif memproses bahasa.Ibu bapa digalakkan untuk kerap berinteraksi seperti menceritakan aktiviti harian, memberi respons apabila anak bersuara dan lain.6. Tidak beri peluang ‘messy play’Aktiviti seperti bermain pasir, air atau play dough sering dielakkan kerana dianggap kotor atau berisiko.Namun, messy play penting untuk perkembangan sensori, kreativiti dan kemahiran motor.Jika bimbang faktor kebersihan, ibu bapa boleh gunakan alternatif seperti kinetic sand atau tepung.7. Terlalu kerap cakap ‘no’Larangan berterusan boleh menghadkan keinginan anak untuk meneroka dunia sekeliling.Sedangkan, eksplorasi sangat penting untuk perkembangan otak. Namun begitu, ibu bapa tetap perlu tegas apabila melibatkan situasi berbahaya.Kesimpulannya, setiap anak mempunyai kadar perkembangan yang berbeza. Apa yang penting, ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyokong, selain memberi peluang kepada anak untuk belajar, mencuba dan meneroka dunia mengikut kemampuan mereka.