Ramai terlepas pandang adab ketika beraya, antaranya tidak peka dengan situasi tuan rumah. -Gambar hiasan AI
AIDILFITRI bukan sekadar tentang juadah enak dan pakaian serba baharu, tetapi juga peluang mengeratkan silaturahim sesama keluarga dan rakan taulan.Namun dalam keterujaan beraya dari satu rumah ke satu rumah, masih ada segelintir yang terlupa tentang adab dan common sense ketika menjadi tetamu. ARTIKEL BERKAITAN: “Mata jangan jadi lalat, mulut tutup!” - Wanita bagi peringatan ‘makan dalam’, jaga adab atau dibenci masa rayaHakikatnya, adab yang baik bukan sahaja mencerminkan keperibadian diri, malah membantu memastikan suasana ziarah kekal harmoni dan menyenangkan semua pihak.Berikut merupakan beberapa panduan asas yang wajar diamalkan ketika beraya:1. Masuk jadi ‘buta’, keluar jadi ‘bisu’Elakkan mengambil tahu atau mengulas perkara yang tidak berkaitan seperti keadaan rumah, susun atur atau kekurangan tuan rumah. Apa yang dilihat, simpan sahaja dalam diri masing-masing.2. Elak datang waktu tengah hari dan maghribWaktu tengah hari biasanya masa untuk tuan rumah berehat, manakala waktu Maghrib pula waktu persediaan ibadah. Pilih masa yang sesuai agar kehadiran anda tidak mengganggu rutin mereka.3. Jaga mulut daripada soalan sensitif dan peribadiSoalan seperti 'bila nak kahwin?', 'belum ada anak?' atau menyentuh soal pendapatan boleh menimbulkan rasa kurang selesa. Berbual perkara ringan dan santai lebih digalakkan.Ucapan terima kasih atas layanan tuan rumah juga merupakan salah satu adab beraya. -Gambar hiasan AI4. Usah complain pasal makanan atau minumanApa sahaja yang dihidangkan adalah tanda penghargaan tuan rumah kepada tetamu. Jika tidak menepati selera, cukup sekadar mencuba tanpa memberi komen negatif.5. Pantau anak-anak, jangan biar melasak dalam rumah orangSebagai ibu bapa, penting untuk memastikan anak-anak berkelakuan baik dan tidak merosakkan barang atau mengganggu ketenteraman tuan rumah.6. Minta izin sebelum guna tandas atau bilikHormati batasan ruang dalam rumah orang lain. Tidak semua ruang sesuai dimasuki tanpa kebenaran.7. Jangan duduk terlalu lamaFahami situasi tuan rumah yang mungkin menerima ramai tetamu. Beri peluang kepada orang lain untuk berkunjung tanpa perlu 'berkampung' terlalu lama.8. Ajar anak-anak jangan buka sampul duit raya di depan orangPerkara ini boleh menimbulkan rasa kurang selesa atau dibanding-bandingkan. Didik anak untuk membuka sampul tersebut secara tertutup.9. Ucap terima kasih dan hargai layanan tuan rumahUcapan ringkas seperti terima kasih atau memuji hidangan sudah cukup untuk menunjukkan penghargaan.10. Jaga kebersihan dan tinggalkan rumah dalam keadaan baikPastikan pinggan atau sampah dibuang di tempat sepatutnya. Sikap ringan tulang membantu mencerminkan adab sebagai tetamu yang baik.Kesimpulannya, beraya bukan hanya tentang meriah dan kunjung-mengunjung, tetapi juga tentang menjaga hati dan perasaan orang lain.Adab yang sederhana inilah yang sebenarnya mencantikkan lagi makna Aidilfitri, menjadikan setiap kunjungan bukan sahaja menggembirakan, malah meninggalkan kenangan yang manis buat semua.