Perjalanan akan menjadi lancar jika ibu bapa membuat persediaan awal lebih-lebih lagi jika mempunyai anak kecil. -Gambar hiasan AI
KETIKA ini lebuh raya utama di seluruh negara mula dipenuhi kenderaan yang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta.Namun bagi ibu bapa yang mempunyai anak, perjalanan jauh bukan sekadar soal menghadap kesesakan lalu lintas tetapi berdepan cabaran mengawal emosi si kecil yang mudah meragam. Lebih-lebih lagi kalau perjalanan memakan masa berjam-jam, keadaan dalam kereta boleh bertukar menjadi 'medan perang' apabila anak mula bosan, loya atau tiba-tiba mengamuk.Seorang bapa tampil berkongsi pengalaman peribadinya selepas lebih sedekad berulang-alik pulang ke kampung di utara tanah air bersama anak kecil yang disifatkannya sebagai high need.Menurutnya, ramai ibu bapa merasakan mereka sedang membantu anak dengan memberikan gajet untuk mengisi masa sepanjang perjalanan, namun langkah tersebut sebenarnya kesilapan besar. "90 peratus kes anak tantrum atau mengamuk dalam kereta masa sangkut jammed dekat lebuh raya sebenarnya bukan sebab mereka nakal, (tapi) ada kesilapan paling besar mak ayah buat," ujarnya di Threads. ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terus ‘terkam’ lemang, kuih raya kalau tak nak gula ‘spike’! Pakar diet kongsi urutan makan tepat pagi SyawalUjarnya, penggunaan gajet terlalu awal ketika kereta bergerak perlahan atau terperangkap dalam kesesakan boleh menyebabkan beberapa kesan kepada anak, iaitu: - Mata menjadi cepat penat kerana terlalu fokus pada skrin dalam keadaan kereta merangkak.- Telinga menjadi terlalu terangsang dengan bunyi daripada skrin.- Alami motion sicknessPendedahan terlalu lama kepada gajet sebenarnya menjadi punca anak mudah tantrum. -Gambar hiasan AIMenurutnya, perjalanan jauh bersama anak kecil akan menjadi lebih mudah sekiranya ibu bapa bijak mengawal input sensori mereka.Individu itu turut berkongsi beberapa aktiviti yang boleh membantu menenangkan anak sepanjang perjalanan.1. Aktiviti rangsangan rendah (low stimulation)- Membantu otak anak menjadi lebih rileks.- Apabila anak melakukan aktiviti yang ringkas atau sedikit membosankan, mereka lebih mudah mengantuk dan terlelap.- Dalam masa sama, sistem imbangan badan juga tidak mudah keliru, sekali gus mengurangkan risiko mabuk kereta.2. Permainan I-Spy- Permainan mudah seperti mencari objek di luar kereta juga boleh membantu.- Contohnya meminta anak mencari lori membawa ayam, kereta warna oren atau mengenal pasti papan tanda jalan raya.- Ini membantu anak menumpukan pandangan kepada objek jauh, sekali gus mengurangkan risiko mabuk kereta berbanding melihat skrin yang dekat.3. Bawa kit kecemasan dalam kereta- Antara yang boleh dibawa termasuk tisu basah, snek ringan (bukan coklat), minyak angin atau aroma terapi yang menenangkan.- Yang penting, simpan bekalan tersebut di dalam kereta dan bukan di bahagian but supaya mudah diambil apabila diperlukan.4. 'Butang reset'- Ibu bapa juga tidak digalakkan memandu tanpa henti terlalu lama.- Kanak-kanak terutama di bawah usia 12 tahun memerlukan 'butang reset' untuk melepaskan tenaga.- Jika kawasan rehat dan rawat (R&R) terlalu sesak, ibu bapa boleh keluar di mana-mana susur keluar yang mempunyai stesen minyak atau kawasan yang lebih tenang.- Biarkan anak keluar dari kereta seketika, menghirup udara segar dan bergerak bebas.