Kisah lama membuatkan seseorang sukar melupakan pengalaman yang pernah dilalui, sekali gus memberi kesan terhadap hubungan kekeluargaan. -Gambar hiasan AI
MEMBALAS jasa ibu bapa merupakan impian setiap anak yang sudah berjaya, namun bagi sesetengah individu, tanggungjawab itu terasa amat berat apabila terpaksa bergelut dengan parut luka masa lalu.Itulah dilema yang dihadapi seorang individu apabila mengakui hatinya 'mati' untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada bapanya sendiri akibat trauma diabaikan sejak kecil.Menerusi satu luahan sayu di media sosial, individu tersebut mempersoalkan adakah dia dianggap berdosa sekiranya mengabaikan permintaan bapanya yang kini mula menagih simpati setelah anak-anaknya mula bekerja. ARTIKEL BERKAITAN: Tak serik rugi beribu ringgit, tak makan nasihat pula... anak dalam dilema ibu ‘ketagih teruk’ nak cepat kayaARTIKEL BERKAITAN: Anak bengang mak ayah berkira... Minta pinjam kereta 'jarang guna', disuruh bayar sewa bulanan - “Orang tua tak hamak duit kau”"Berdosa ke kalau aku ignore je ayah minta duit? Macam mana dia buat kami adik-beradik dulu masa kecil, macam kami ni pengemis? "Sampai orang tak nak pick-up kami pergi hantar sekolah, tak nak ajar mengaji semua tu sebab kami tak ada duit."Tapi sekarang kami dah kerja, ayah minta kami duit. Dia tak ingat ke dulu masa kami kecil, dia tak pernah hulur duit untuk kelangsungan hidup kami adik-beradik?" luahnya dalam perkongsian berkenaan.Menurutnya, perasaan kasihan tetap ada apabila melihat keadaan ayahnya kini, namun kenangan lama membuatkan dia berada dalam konflik emosi yang sukar dijelaskan.Membalas jasa ibu bapa merupakan antara tanggungjawab seorang anak. -Gambar hiasan"Sebenarnya serba salah, rasa kesian dengan dia. Nampak macam dia meminta-minta, tapi dalam masa yang sama teringat perbuatan dia pada kami... macam tu la, minta nafkah tak bagi," ujarnya.Dia turut meluahkan kebimbangan akan dianggap sebagai anak derhaka serta dipandang buruk oleh orang sekeliling hanya kerana membiarkan bapanya merempat."Kalau tak bagi nanti kami ni jatuh anak derhaka tak? Orang lain atau saudara-mara keji dan pandang buruk dekat kami?" luahnya lagi sambil meminta pandangan warga maya.Perkongsian individu tersebut mengundang perhatian netizen yang tampil dengan reaksi berbeza.Seorang individu dilema apabila bapanya meminta wang.Dia mengakui masih sukar melupakan pengalaman pahit semasa kecil apabila bapa culas jalankan tanggungjawab.Dia kasihan melihat keadaan bapanya kini, namun masih terkesan dengan luka lama.Dia turut bimbang akan dianggap sebagai anak derhaka serta dipandang buruk jika enggan membantu.Netizen tampil pelbagai reaksi, ada yang memahami dilema tersebut dan ada yang menasihatkan agar tetap menunaikan tanggungjawab sebagai anak.Ringkasan ini dijana oleh AISebahagian netizen memahami dilema yang dilalui dan menyifatkannya sebagai situasi sensitif yang melibatkan emosi dan pengalaman silam yang sukar dilupakan. Namun ada juga yang berpendapat bahawa setiap anak perlu berlapang dada memaafkan ibu bapa kerana tetap mempunyai tanggungjawab terhadap orang tua."Kalau tak bagi, kau sama saja macam dia dahulu. Kena tunjuk yang kau dengan dia tak sama. Bagi tak semestinya nak berbaik. Kalau nak bagi, bagi saja kerana Allah."Mungkin satu hari nanti awak terbuka hati nak bagi dia duit. Awak terlahir dengan sifat yang mulia jika awak melakukannya," demikian antara komen netizen.