Setiap wanita dinasihatkan supaya tidak berjumpa dengan lelaki baru dikenali secara bersendirian. -Gambar hiasan AI
NIAT hati hanya ingin mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman, namun seorang wanita berdepan detik hitam apabila menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki yang baru dikenalinya.Menurut wanita itu dalam perkongsian di Threads, dia mula mengenali lelaki berkenaan ketika sedang melakukan brisk walk atau senaman berjalan laju di kawasan perumahannya. Pada awalnya, lelaki itu kelihatan normal dan sopan, membuatkan dia tidak ragu-ragu untuk bertukar nombor telefon.Namun, belang sebenar lelaki tersebut mula terserlah selepas mereka bersetuju untuk berjumpa semula bagi melakukan aktiviti senaman yang sama selepas waktu kerja.Gangguan seksual boleh meninggalkan kesan trauma pada sesiapa yang mengalaminya. -Gambar hiasan AI"Rancangannya simple je, brisk walk lepas kerja. Walaupun agak lewat, saya fikir okey je. Mulanya semua nampak baik je. Lepas tu dia ajak singgah minum sebelum balik."Dalam kereta masa dalam perjalanan balik, tangan dia mula 'merayap'. Saya sudah mula tepis pelan-pelan. Ingat dia faham isyarat. Tapi tak, dia masih teruskan."Sampai saya terpaksa cakap dekat dia tolong pegang stereng dan memandu dengan betul," ujar pengadu menceritakan situasi tersebut.Keadaan itu menjadi semakin janggal, namun dia tetap meneruskan pertemuan tersebut dengan singgah di sebuah kedai untuk minum dan berbual seperti biasa.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tinggalkan lelaki gatal di panggung wayang, rimas tangan menjalar dalam gelap! - “Dia asyik sentuh bibir aku”ARTIKEL BERKAITAN: Iklan sunat dewasa pun boleh jadi modal, pembantu klinik diganggu lelaki gatal... Tak cukup mesej, siap ‘call’ cakap benda mengarutLebih mengejutkan, wanita itu mendakwa lelaki tersebut seolah-olah mengakui perbuatan sedemikian bukan sesuatu yang asing baginya."Serius, saya terus rasa ujian apa ni ya Allah. Masa nak balik saya buat keputusan suruh dia balik rumah terus. Saya boleh jalan kaki sendiri ke rumah."Ingatkan habis situ, rupanya tak. Dia ikut masuk kedai serbaneka. Siap nak ikut naik ke rumah. Saya terkedu seketika. Saya halau dia hampir 10 minit. Dia masih pujuk-pujuk, merayu dan cuba lagi."Sampai saya terpaksa naikkan suara sikit. Saya tegaskan yang saya tak layan benda macam ni. Baru dia beredar dengan muka kecewa tak dapat apa dia nak walaupun ringan-ringan je," katanya.Wanita terkejut lelaki dikenali ketika brisk walk rupa-rupanya berperangai miang.Pada awalnya nampak normal, namun lelaki itu mula menyentuhnya dalam kereta.Dia terpaksa menegur lelaki tersebut supaya berhenti dan fokus memandu.Lelaki itu kemudian cuba ikut naik rumah sehingga terpaksa dihalau.Selepas kejadian, wanita itu terus menyekat nombornya dan enggan beri peluang kedua.Ringkasan ini dijana oleh AISejak kejadian itu, wanita tersebut terus menyekat nombor lelaki berkenaan dan enggan memberi peluang kedua.Katanya, pengalaman itu membuatkan dia tertanya-tanya sama ada dunia sekarang semakin berani atau dia sendiri yang baru tersedar tentang realiti sebenar.Hantaran itu dibanjiri dengan pelbagai komen netizen yang bersimpati dengan pengalaman gangguan seksual itu."Tetap kena buat laporan polis sis. Bahaya la risau dia datang atau ikut lagi."Lelaki pervert ni ada potensi nak jadi psikopat. Sudah la dia tahu rumah awak dekat mana. Hati-hati sis."Simpati dengan apa yang terjadi dekat awak. Sebaiknya jangan naik kereta dengan lelaki baru kenal. Kita tak ada kuasa nak kawal situasi apabila berada di dalam kereta tu," komen beberapa netizen.