LAPTOP kini menjadi antara keperluan utama bagi pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).Namun, seorang penjual berkongsi pengalaman berdepan segelintir pelajar yang mengambil kesempatan meminta peranti berharga tinggi atas alasan pembelajaran. Menurut lelaki itu, dia kecewa dengan sikap golongan sedemikian yang secara terang-terangan cuba menipu ibu bapa masing-masing.Terdapat segelintir pelajar gagal di IPT kerana tidak memberi fokus kepada pelajaran. -Gambar hiasan AI"Kepada adik-adik yang baru nak masuk universiti tu tak payah la nak gula-gulakan mak ayah dengan laptop gaming."Setakat nak guna untuk kejuruteraan perisian tu, guna laptop biasa dengan spesifikasi sederhana pun boleh," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik kedai ‘sound’ pelajar... Pesan ‘fries’ kemudian guna WiFi, cas laptop berjam-jam - “Berbaloi tak bayar bil untuk dia je?”ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki nafi game Roblox punca keganasan, minta ibu bapa jangan tuding jari - “Aku dari kecil main Counter Strike”Jelas lelaki itu, dia sangat bersimpati kepada ibu bapa yang datang ke premisnya terutama dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan."Kesian dekat mak ayah kena cari duit nak ikut kehendak anak yang nak masuk politeknik. Anak pula minta model mahal seperti Predator Helios 16."Apabila tanya ambil jurusan apa, rupa-rupanya elektrikal je. Saya terus sarankan beli laptop dengan spesifikasi biasa sahaja,” ujarnya.Predator Helios 16 berharga serendah RM8,000 dan boleh mencecah hingga RM16,000 bergantung kepada jenis dan spesifikasi.Penjual kecewa dengan pelajar yang minta laptop mahal walaupun tak perlu.Katanya, kursus biasa hanya perlukan laptop spesifikasi sederhana.Ada pelajar minta Acer Predator Helios 16 walaupun ambil jurusan elektrikal.Dia simpati ibu bapa yang terpaksa berhabis duit ikut kehendak anak.Netizen nasihat ibu bapa buat semakan sebelum beli dan pelajar jangan membebankan keluarga.Ringkasan ini dijana oleh AITambahnya, setiap pembelian sepatutnya dibuat berdasarkan keperluan, bukan kehendak semata-mata, terutamanya apabila melibatkan pengorbanan ibu bapa."Sejak kecil kalau aku nak beli apa-apa kena fikir dulu, kesian mak ayah," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menyarankan ibu bapa mendapatkan pandangan orang lain terlebih dahulu sebelum membuat pembelian."Kalau ada mak ayah yang masih belum tahu pasal laptop, rajin-rajin bertanya sebab belajar di IPT ni tak semua pakai laptop mahal."Sebab tu belajar tak berkat. Lepas tu salahkan pensyarah, salahkan kawan, salahkan semua kecuali diri sendiri," kata warga maya.