suria

Doktor dedah ‘perangkap’ terbesar di musim raya… Amalan tuan rumah ‘paksa’ makan undang bahaya kesihatan

Aidilfitri sinonim dengan penganjuran rumah terbuka. -Gambar hiasan AI

DALAM kemeriahan sambutan Aidilfitri, juadah yang pelbagai sering menjadi tarikan utama setiap kali berkunjung ke rumah sanak-saudara dan rakan taulan.

Namun dalam keterujaan itu, ramai yang terlupa bahawa tidak semua hidangan perlu dinikmati dalam satu masa. 

Hakikatnya, sikap ‘nak rasa semua’ inilah yang sering menjadi punca ramai jatuh sakit ketika musim perayaan.

Menurut seorang pengamal perubatan, Dr Azra Aziz, masalah utama bukanlah sekadar makan dalam kuantiti yang banyak, tetapi cara pengambilan makanan sepanjang tempoh beraya.

“Isunya bukan makan banyak semata-mata. Masalahnya apabila makan tanpa henti, kurang minum air, tidur tak cukup maka badan tak sempat untuk ‘recover’,” jelasnya.

Tambah beliau, ramai yang tidak membuat persediaan awal sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung atau menghadiri rumah terbuka, sedangkan ia memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan sepanjang raya.

Dr Azra menyarankan beberapa langkah mudah yang boleh diamalkan sebelum memulakan perjalanan:

•    Pastikan tidur mencukupi

•    Minum air secukupnya sehari sebelum travel

•    Elakkan skip makan awal semata-mata untuk ‘balas dendam’ ketika beraya

•    Snek ringan bagi mengelakkan makan secara berterusan tanpa kawalan

Ketika berkunjung dari satu rumah ke rumah lain, kawalan diri amat penting:

•    Ambil hidangan dalam kuantiti kecil terlebih dahulu

•    Kunyah makanan secara perlahan

•    Ambil masa untuk ‘pause’ antara rumah

Menurut Dr Azra, antara perangkap terbesar ketika raya adalah mentaliti ingin mencuba semua hidangan.

“Ramai fikir, ‘setahun sekali, kena rasa semua’. Tapi hakikatnya, perut kita bukan ‘buffet challenge’,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya peka terhadap isyarat tubuh apabila sudah mula ‘overload’, antaranya:

•    Perut kembung

•    Cepat berasa letih

•    Pening

•    Loya

•    Perubahan emosi

Apa perlu buat jika tak sihat?

•    Berhenti makan seketika

•    Minum air secukupnya

•    Rehat

•    Tidak salah untuk skip satu rumah jika perlu

Paling penting, Dr Azra menegaskan agar orang ramai tidak memaksa diri makan semata-mata untuk menjaga hati tuan rumah.

“Kesihatan diri lebih penting daripada adat paksa makan,” katanya.

Tip tambahan kekal sihat

Bagi mengekalkan keseimbangan sepanjang raya:

•    Berjalan selama 5 hingga 10 minit selepas makan

•    Elakkan terus duduk atau berbaring

•    Seimbangkan hidangan berat dan ringan

Artikel Lain