SEMAKIN ramai ibu bapa khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).Harapannya ialah agar anak-anak dapat menguasai bahasa Mandarin yang semakin meluas digunakan bukan sahaja di Malaysia tetapi peringkat global. Namun seorang guru di SJKC mempunyai pandangan berbeza tentang perkara itu kerana menurutnya ia adalah mustahil jika tidak disokong dengan bantuan ibu bapa di rumah."Tiada guna hantar anak ke SJKC tapi tak pernah ambil tahu tentang kerja (sekolah) anak.Ibu bapa tidak seharusnya bergantung kepada guru untuk memastikan anak-anak berjaya. -Gambar hiasan AI"Majoriti murid Melayu sekolah aku dapat markah rendah dalam bahasa Cina, Matematik, Sains, Sejarah dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)," katanya.Kegagalan mendapat markah baik itu katanya disebabkan proses pembelajaran banyak menggunakan bahasa serta tulisan Cina."Kecuali dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Agama Islam sebab bukan dalam bahasa atau tulisan Cina."Mak ayah okey ke tengok keputusan anak teruk sejak darjah satu sampai darjah enam?" soalnya.ARTIKEL BERKAITAN: Guru risau murid Melayu makin ramai di SJKC, kelahiran bayi Cina pula merosot - "Macam mana cikgu nak ajar?"ARTIKEL BERKAITAN: Guru dedah kenapa ramai ibu bapa hantar anak ke SJKC! Tak 'berderet' program, murid-guru kekal fokus... PIBG paduGuru tersebut turut mempersoalkan kemampuan murid untuk memohon ke sekolah menengah terbaik sekiranya keputusan akademik mereka kurang memuaskan sepanjang berada di SJKC."Macam mana nak masuk sekolah menengah yang bagus kalau keputusan teruk?"Anda tahu tak keputusan anak-anak boleh lagi bagus kalau masuk Sekolah Kebangsaan?" katanya.Jelasnya, penguasaan bahasa Mandarin pula boleh dipertingkat melalui kelas tuisyen di luar waktu persekolahan.Guru SJKC dakwa ramai murid Melayu lemah subjek dalam bahasa Cina.Ibu bapa disaran lebih peka terhadap prestasi anak di SJKC.Ada murid didakwa lebih sesuai belajar di Sekolah Kebangsaan.Penguasaan Mandarin boleh dipertingkat melalui tuisyen luar.Netizen setuju kejayaan murid bergantung pada sokongan ibu bapa.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kau ingat cikgu-cikgu bahasa Cina nak slow down tunggu anak kau? Kau lambat, kau kena tinggal. Ambil tuisyen bahasa Cina dekat luar dah cukup," katanya.Pandangan guru itu disokong warga maya yang berpandangan gagal atau berjaya seorang murid bergantung kepada ibu bapa mereka."Hantar la mana-mana pun. Kalau mak ayah lepas tangan dah harapkan guru 100 peratus memang tidak akan ke mana prestasi anaknya."Penglibatan ibu bapa penting kalau nak hantar ke SJKC, jangan biar anak tergapai-gapai," kata netizen.