suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penganggur kelar leher nenek, tak tahan mangsa kerap berleter suruh cari kerja

Tekanan boleh membuatkan seseorang bertindak di luar kawalan. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 23 tahun didakwa membunuh neneknya, dipercayai selepas selepas warga emas tersebut menegurnya kerana menganggur.

Menurut polis, mangsa yang dikenali sebagai Leelaben Chaudhary, 70, ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di kediamannya di tingkat tiga Kompleks Anmol, Puna, India, pada Khamis. 

Suspek didakwa menyerang mangsa menggunakan sebilah pisau dapur dan mengelar lehernya ketika pergaduhan berlaku. 

Berdasarkan siasatan awal, pada hari kejadian, hanya mangsa dan suspek berada di rumah manakala kakak serta isteri suspek keluar bekerja.

Polis berkata pertengkaran berlaku sekitar waktu tengah hari apabila mangsa menasihatinya untuk mencari pekerjaan. 

Dalam keadaan marah, suspek didakwa mengambil pisau dapur dan menyerang mangsa.

Ketika disoal siasat, suspek mengaku melakukan jenayah tersebut kerana tidak tahan sering dileteri mangsa agar mencari pekerjaan.   

Timbalan Pesuruhjaya Polis Ajit Singh Parmar berkata, suspek kini ditahan dan senjata yang digunakannya turut ditemukan.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut. -Agensi

Artikel Lain