TERGORES hati seorang isteri apabila suaminya lebih sanggup memenuhi ajakan rakan ke Genting Highlands walaupun sudah menyuarakan hasrat ke sana sejak dua bulan lalu.Menurut wanita yang sedang hamil itu, dia teringin menikmati suasana sejuk malam di Genting Highlands sambil menikmati mi segera bersama suami. Namun lelaki itu memberi alasan mahu menyelenggara kereta terlebih dahulu sebelum meluangkan masa bersama di sana."Sudah dua bulan gaji masuk tapi masih tak servis kereta. Tak ada usaha langsung untuk simpan duit servis kereta.Kebanyakan lelaki suka meluangkan masa bersama rakan walaupun sudah berumah tangga. -Gambar hiasan AI"Tiba-tiba semalam (Sabtu) kawan dia ajak pergi ride ke Genting, malam itu juga dia on!"Aku minta nak ikut sebab teringin sangat nak makan mi segera dekast Genting tapi dia tak izinkan dengan alasan bahaya naik motor tengah mengandung," luahnya di Threads.Apa lebih membuatkan wanita itu terasa hati apabila suaminya terus bersetuju tanpa berfikir panjang selepas rakan mengajaknya ke sana.Dia kecewa kerana permintaan yang disuarkan sejak sekian lama tidak diendahkan tetapi ajak rakan terus disambut tanpa banyak soal.ARTIKEL BERKAITAN: Nak ‘healing’ tapi tiada otak! Pengunjung Genting Highland ditegur buang sampah merata, geng B40 dituduh buat angkaraARTIKEL BERKAITAN: Geng 'rider' veteran tahan konvoi pemuda, minta padam rakaman kamera 360... Takut kantoi bawa skandal ke Cameron Highlands"Aku menangis sebab dia macam tak peduli dengan perasaan aku. Mestilah aku terasa sebab sudah ajak dua bulan lepas lagi tapi dia pergi dengan kawan-kawan."Dia keluar pukul 10 malam, tapi pukul 5 pagi masih tak balik ke rumah. Dia tinggal isteri tengah mengandung ini seorang diri dekat rumah," ujarnya.Dalam hantaran tersebut, wanita ini turut bertanya jika perasaan terkilan terhadap suami melampaui batas atau sebaliknya.Bagaimanapun ramai menyebelahi wanita itu dan menyifatkan suaminya lelaki tidak bertanggungjawab dan lebih mengutamakan kebebasan bersama rakan-rakan.Wanita hamil terkilan suami pilih kawan ke Genting.Hasrat ke Genting bersama suami tak kesampaian.Alasan belum servis kereta, tapi terus setuju ajakan kawan 'ride'.Isteri hamil ditinggalkan sendirian di rumah.Netizen anggap perasaan wanita itu sangat wajar.Ringkasan ini dijana oleh AI"Doa agar Allah balikkan hati suami. Biar dia rasa penyesalan paling besar dalam hidup dia sebab abaikan isteri macam itu."Kiraan matematik dia macam ini je. Kau tak ada duit nak servis kereta boleh difahami. Tapi kau tak payah la pergi naik motor dan tinggalkan bini kau. Aku yang bukan bini kau pun terasa," antara komen netizen.Bagaimanapun, wanita itu menjelaskan suaminya tetap ada menghubunginya sepanjang perjalanan ke destinasi dan sentiasa memberi perkembangan semasa."Ada je mesej. Setiap saat dia update gambar dan beritahu tengah buat apa. Lokasi dia pun saya ada," balasnya memberi respon kepada netizen.