MASIH ramai wanita di luar sana terperangkap dalam perkahwinan toksik dan lebih malang mendapat lelaki narsistik sebagai suami.Ramai takut menceritakan masalah rumah tangga kepada orang luar kerana sedar sikap narsistik suami yang bijak memanipulasi selain memikirkan soal anak-anak. Bagaimanapun, seorang wanita sanggup melepaskan jawatan sebagai pengurus di sebuah syarikat demi melepaskan diri daripada cengkaman suami narsistik.Cerita wanita itu, tindakan berani itu dibuat kerana sedar golongan seperti ini akan menganggap mereka tidak berguna. "Jadilah useless di mata dia! Saya berhenti kerja dan pura-pura miskin sebab tiada pendapatan. Jadi fokus kepada anak semata-mata.Keganasan rumah tangga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. -Gambar hiasan AI"Pada masa sama saya cakap fasal tanggungjawab dia sepanjang masa sebab selama ini dia bergantung hidup dengan saya."Saya yang supply duit, nama dan posisi kerja saya sebagai pengurus serta segala makan minum termasuk melayan tantrum dan nafsu dia," dedahnya di Threads.Menurut wanita ini, individu yang bersikap narsistik akan 'melangkah pergi' apabila pasangannya tidak lagi mendatangkan sebarang keuntungan kepada mereka.Malah kata wanita ini, disebabkan 'stragegi' itu dia diceraikan di luar mahkamah."Saya jadi 'tak berguna' sekejap sahaja supaya dapat melepaskan diri daripada dia. Setahun saya bertahan.Wanita kongsi cara lepaskan diri daripada suami narsistik dengan berpura-pura miskin dan berhenti kerja.Katanya, suami mula menjauh apabila dia tidak lagi ‘berguna’ dari segi kewangan.Selepas diceraikan, dia kembali bekerja dan kewangannya semakin stabil.Wanita itu turut dedah pernah jadi mangsa keganasan rumah tangga ketika hamil.Netizen kagum dengan keberaniannya merancang jalan keluar demi masa depan diri dan anak.Ringkasan ini dijana oleh AI"Selepas dia lafaz talak, saya terus dapat kerja dan sekarang sudah pun menjadi kaki tangan tetap," ujarnya.Susulan penceraian itu, wanita itu berkongsi kehidupan dan kewangannya kembali stabil sehingga dapat melangsaikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan hutang kad kredit."Syukur saya sudah boleh guna semua duit saya untuk kegunaan diri sendiri dan anak."Saya dah haramkan walau satu sen duit saya untuk dia selepas dia berkali-kali mengkhianati saya," katanya yang merancang perkara itu sejak Disember 2023 iaitu selepas empat bulan berkahwin.Apa lebih menyedihkan, wanita itu mendakwa dia turut menjadi mangsa keganasan rumah tangga ketika sedang hamil dua bulan.ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun dicurangi, hidup wanita bertambah sengsara lepas bercerai... Bekas suami narsistik guna anak ‘alat’ balas dendamARTIKEL BERKAITAN: “Hanya maut dapat insafkan” - Ramai geram sikap lelaki narsistik, anjur jamuan makan sebab nak dengar kawan kutuk bekas isteri"Anak saya lahir pada Julai 2024 dan selepas lima bulan, dia lafazkan talak kiasan pada Januari 2025."Susulan daripada itulah saya terus failkan pengesahan lafaz cerai dan talak pun jatuh," ujarnya.Ramai mengagumi kebijaksanaan dan ketabahan wanita itu yang tenang mengatur strategi demi menyelamatkan diri dan masa depan anak tanpa disedari oleh si pelaku."Samalah saya, saya pun buat-buat miskin dan semua minta pada suami sehingga dia cakap tak mampu tanggung dan lepaskan saya."Betullah yang lelaki narsistik ni akan kikis duit perempuan, apabila tak dapat dia merentan cakap kita scammer," demikian reaksi netizen.