suria

Wanita hilang suara buat ‘live’, setahun derita masalah telinga dan tekak... Menyesal tayang hasil affiliate, rupanya terkena penyakit ain

Ada segelintir pihak kurang senang dengan kejayaan orang lain. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berkongsi pengalaman pahit selepas meraih kejayaan sebagai pempengaruh affiliate di media sosial.

Menurutnya, pada bulan pertama bergelar affiliate, dia berjaya memperoleh komisen sebanyak RM2,500 dengan jumlah jualan mencecah sekitar RM25,000.

Katanya, kejayaan itu diperoleh selepas dia melakukan sesi siaran langsung menjual produk selama empat jam sehari.

"Semuanya berjalan lancar sehingga Januari 2025 apabila pencapaian meningkat kepada anggaran komisen RM3,100 dengan nilai jualan kasar (GMV) sekitar RM31,000.

"Sebab terlalu gembira saya kongsi kejayaan itu di status WhatsApp tapi apabila masuk Februari, saya tiba-tiba jatuh sakit," katanya.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dalam berkongsi apa jua perkara di media sosial. -Gambar hiasan AI

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dalam berkongsi apa jua perkara di media sosial. -Gambar hiasan AI

Menurut wanita itu, dia tiba-tiba mengalami sakit telinga yang teruk sehingga memaksanya mendapatkan rawatan di klinik.

“Doktor cakap saya kena jangkitan kuman pada telinga dan tekak. Saya diberi antibiotik dan ubat lain untuk seminggu.

"Masa itu saya ingat rehat sekejap saja daripada buat siaran langsung,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan kesihatannya semakin merosot apabila telinganya terus sakit, tekak menjadi pedih dan pendengarannya terganggu sehingga terasa seperti mahu pekak.

Dia kemudian mendapatkan rawatan di klinik swasta dan sekali lagi diberikan antibiotik selama seminggu sebelum keadaannya beransur pulih.

ARTIKEL BERKAITAN: Berpada-pada kongsi foto selfie tayang kecantikan... Ustazah beri 5 situasi undang penyakit ain

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri akhirnya jumpa punca kerap gaduh dengan suami, minta kaum wanita percaya bahaya penyakit ain

"Tapi lepas ubat itu habis, tekak saya masih sakit dan tak boleh cakap banyak. Telinga pun masih sakit.

"Saya pergi klinik dan doktor pula dah tak benarkan saya makan antibiotik kerana sebelum tu saya dah ambil terlalu banyak," katanya.

Katanya, keadaaan tersebut membuatkan dia terpaksa menghentikan sesi siaran langsung untuk tempoh yang panjang.

“Dari level lima jatuh ke level tiga. Sedih itu hanya Allah saja yang tahu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pengalaman tersebut menyebabkan dia hilang momentum dalam dunia affiliate dan mengambil masa hampir setahun untuk kembali aktif secara serius.

  • Wanita dakwa jatuh sakit selepas kongsi pendapatan affiliate di media sosial.
  • Sakit telinga dan tekak memaksa affiliate berhenti buat siaran langsung.
  • Affiliate hilang momentum hampir setahun akibat masalah kesihatan dialami.
  • Wanita percaya dirinya terkena penyakit ain selepas kongsi kejayaan.
  • Netizen nasihat jangan terlalu terbuka berkongsi pendapatan di media sosial.

"Percayalah cakap saya penyakit ain tu benar, kalau tak pernah kena memang tak percaya. Walaupun nampak macam ada ubat tapi bila kena memang lain rasanya.

"Saya selalu janji dengan diri sehina mana pun dekat mata orang, jangan tunjuk langsung pendapatan saya," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menyarankan agar semua pihak berhati-hati dalam berkongsi sesuatu di media sosial.

"Sentiasa ingatkan diri. Jangan sesekali kongsi di media sosial bila dapat komisen banyak. Sebab banyak mata-mata hasad yang tengok. Ada hikmah kita disaran rahsiakan harta benda.

"Betul tu. Orang tengok dengan rasa takjub pun boleh kena ain. Tengok dengan rasa dengki pun boleh kena. Jadi simpan sendiri je," komen warga maya.

Artikel Lain