suria

[V] Influencer Iman Kamil cacah tatu di lengan kiri, beri bayangan berdepan ujian berat - “Dosa aku terzahir di badan”

Iman memuat naik video yang memaparkan tatu pada lengannya.

PEMPENGARUH dan pencipta kandungan, Iman Kamil mengundang perhatian ramai selepas dia memuat naik video pengakuan sudah mencacah tatu pada lengan kirinya.

Menerusi hantaran di Instagram [Tonton Video], Iman berkata ia bukanlah tatu palsu, sebaliknya dicacah berdasarkan apa yang dilalui dalam kehidupannya.

"Aku tahu benda ni akan jejaskan hidup dan kerjaya aku, mungkin akan hancur. Tapi memang dah hancur pun. Cuma sebelum ni aku tak zahirkan je.

"Anda pun ada dosa, cuma tak zahirkan dekat badan. Orang tak nampak. Cuma dosa aku ni terzahir dekat badan. Jadi orang akan nampak.

"Tatu ini pun just my life story. Tak ada simbol gangsterisme, ini cuma kisah hidup yang aku tak akan beritahu anda. It's personal for me," ujarnya.

Menurut YouTuber itu, dia membuat video berkenaan bagi memberi penjelasan kerana tidak mahu terus diasak soalan sama oleh mana-mana pihak yang mengenalinya.

Ramai netizen memberi kata-kata semangat agar pencipta kandungan itu tabah menghadapi ujian hidup.

Ramai netizen memberi kata-kata semangat agar pencipta kandungan itu tabah menghadapi ujian hidup.

"Video ni bukan kecerdasan buatan (AI). Ini video betul. Benda ni aku perlu beritahu, sebab kalau aku keluar pun, orang akan jumpa dan kenal aku.

"Orang akan tanya. Aku pun malas nak jawab banyak kali. This is real. Benda kat tangan aku ni betul," jelasnya lagi.

Menerusi video sama, Iman juga memberi bayangan seolah-olah dia kini sedang melalui fasa yang sukar dalam kehidupannya.

"Tiada siapa yang tahu aku tengah struggle, apa yang aku hadap setiap malam, my late night thoughts dalam kepala aku, otak aku bising.

"Tapi sejujurnya aku dah penat. Nasib baik hidup lagi. Kalau aku mati pun, orang masih akan mengata. Jadi better aku hidup macam ni, orang masih akan mengata juga. 

ARTIKEL BERKAITAN: Youtuber tinggal ibu, berkorban demi misi bantuan 17 hari di Afrika... Rasa insaf tengok kanak-kanak rebut makanan

ARTIKEL BERKAITAN: Youtuber kecewa, habiskan masa berminggu-minggu hasilkan kraf hanya untuk RM180 sebulan, tapi masih ada yang hina, siap minta diskaun

"Kadang rasa hidup tak adil. Kita buat baik, kita dapat (balasan) jahat. Jadi ia buat aku rasa penat. Tolonglah, aku dah penat," luahnya lagi.

Hantaran itu dihujani lebih 5,000 komen netizen, malah ramai yang turut memberi kata-kata semangat agar dia terus tabah menghadapi ujian dalam kehidupan.

"Jangan putus asa Iman. Kembalilah kepada Allah. Allah sayang hamba-Nya yang bertaubat.

"Kita tak tahu apa yang mental orang lain lalui. Daripada menghakimi, lebih baik bimbing dan doakan mereka.

"Kau kena kuat ya. Aku dapat rasa apa yang kau lalui. Aku pun pernah diuji sampai hilang segalanya dalam dunia ini," tulis netizen.

Untuk rekod, Iman memiliki hampir setengah juta pengikut di YouTube, lebih 360,000 di TikTok serta 270,000 di Instagram.

 

Artikel Lain