suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi isi bahan api dalam tong di but kereta, dua individu hilang kelayakan BUDI95

Wanita tular dipercayai menyalahgunakan subsidi.

 

DUA individu kehilangan keistimewaan subsidi Budi Madani RON95 (BUDI95) selepas video mereka mengisi bahan api tersebut ke dalam tong di but kereta tular di media sosial.

Perkara itu diumumkan Kementerian Kewangan selepas pihaknya melancarkan siasatan khas susulan video tular itu.

"Siasatan mendapati bahawa orang terlibat adalah rakyat Malaysia yang mempunyai MyKad.

"Tindakan mereka melanggar peraturan dan penyalahgunaan subsidi bahan api BUDI95," kata kementerian menerusi kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, sekatan pembelian menggunakan BUDI95 dikenakan terhadap individu yang membeli bahan api berkenaan serta pemilik kenderaan tersebut.

"Kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang penyalahgunaan subsidi BUDI95, terutamanya semasa waktu yang tidak menentu yang memerlukan kawalan ketat terhadap bekalan dan harga bahan api.

"Orang ramai digesa untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan mengenai subsidi bahan api kepada pusat khidmat Budi Madani di 1300-88-9595, WhatsApp +603-26314595, atau emel [email protected]," katanya. -The Star

Artikel Lain