NIAT hati mahu menyambut anak saudara dengan senyuman selepas tamat sesi persekolahan, namun hati seorang wanita hancur berderai sebaik melihat si kecil itu melangkah masuk ke dalam kereta.Mana tidaknya, murid tahun dua berkenaan bukan sahaja dalam keadaan mata kemerahan seperti baru melepaskan tangisan, malah secara tiba-tiba melontarkan soalan yang benar-benar merentap hatinya.Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita berkenaan mendedahkan betapa tersentak dan terkelunya dia apabila secara tiba-tiba ditanya sama ada keluarga kanak-kanak itu hidup dalam kedaifan."Aku pergi ambil anak buah dekat sekolah. Hari itu abang aku bagi duit belanja dekat dia RM7 je sebab petang tak ada kelas agama.Adab bergaul perlu dipupuk sejak kecil dalam membentuk generasi saling menghormati. -Gambar hiasan "Bagi aku, jumlah tu memang sangat cukup untuk dia belanja tapi dia masuk kereta dengan mata merah macam baru lepas menangis."Tiba-tiba dia tanya aku... Cik Su, abah dan umi miskin ke? Terkejut aku budak darjah dua tanya macam tu," ujarnya berkongsi situasi yang berlaku di Thread.Persoalan mengejutkan itu membuatkan dia terus cuba mendapatkan kepastian daripada anak saudaranya mengenai apa sebenarnya yang telah berlaku.Apa yang mengejutkan, kanak-kanak terbabit menyatakan dia diejek miskin oleh rakan-rakan sekelas kerana diambil menggunakan kereta Perodua Axia.Seorang murid tahun dua pulang dari sekolah dengan mata kemerahan selepas dipercayai menangis kerana diejek rakannya.Kanak-kanak itu bertanya kepada ibu saudaranya sama ada ibu bapanya miskin sehingga membuatkan wanita tersebut terkejut.Rakannya didakwa mengejeknya miskin kerana sering dijemput dari sekolah menggunakan Perodua Axia.Bimbang perkara sama berulang, ibu saudaranya meminta ibu bapa mendidik anak-anak supaya menghormati orang lain tanpa menilai berdasarkan harta.Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen yang turut mendedahkan anak mereka pernah diejek miskin kerana menaiki Axia dan membawa bekal.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kawan dia ejek dia miskin sebab aku selalu ambil anak buah naik Axia, budak-budak yang ejek tu ingat aku ni mak dia."Sumpah hilang kata-kata apabila tahu budak darjah dua buat perangai macam tu," tambahnya yang terkejut dan terkilan dengan sikap generasi masa kini.Bimbang perkara tersebut berterusan berlaku dan merosakkan mental anak-anak, dia meminta golongan ibu bapa agar mendidik anak masing-masing supaya sentiasa menghormati orang sekeliling.ARTIKEL BERKAITAN: Bagai jatuh ditimpa tangga... Duit projek RM100k dilarikan rakan niaga sampai suami strok, hati ibu ‘robek’ anak diejek miskinARTIKEL BERKAITAN: Murid darjah 3 menangis diejek miskin, malu dihina rakan... Rupanya bukan kali pertama - “Tak apa cikgu, saya dah biasa kena”Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya turut berkongsi pengalaman sama."Anak lelaki saya yang darjah empat pun selalu kena ejek keluarga miskin sebab naik Axia."Saya pula selalu bagi bekal pada anak, kawan-kawan ejek dia miskin sebab makan bawa bekal."Kalau ambil naik motosikal macam mana pula? Tak sanggup naik kereta sebab kena hadap kesesakan trafik," demikian reaksi netizen.