GARA-gara pengaruh drama di televisyen, ramai yang sering memandang serong dan bersikap skeptikal terhadap golongan ibu tiri.Hakikatnya, realiti tidak sama dengan karya rekaan manusia, malah ramai sebenarnya yang menyayangi anak tiri mereka dengan sepenuh hati. Menurut seorang gadis, dia juga bersyukur kerana dikurniakan ibu tiri yang baik dan sanggup mempertahankan dirinya setiap kali dihina.Anak tiri juga berhak menerima layanan yang adil dan penuh kasih sayang. -Gambar hiasan AI“Saya dibesarkan oleh mak tiri selepas ibu dan ayah bercerai. Saya memang tak kenal ibu kandung. Mereka bercerai masa saya umur dua tahun. “Masa umur lapan tahun, ada budak mulut jahat cakap saya ini anak kutip, dia kata itu bukan ibu saya yang sebenar. Saya terus balik menangis.“Mak tiri saya terus bawa parang pergi ke rumah budak itu. Dia maki hamun mak ayah budak tu. Sampai sekarang tiada siapa berani hina saya anak tiri,” imbasnya.Gadis tular selepas kongsi cerita tentang kasih sayang dan kebaikan ibu tirinya.Dia membesar dengan ibu tiri sejak kecil selepas ibu bapa kandungnya berpisah.Ibu tirinya pernah menyerang rumah pembuli selepas dia dihina sebagai anak pungut.Ramai netizen turut berkongsi kisah kebaikan ibu tiri masing-masing.Ringkasan ini dijana oleh AIGadis itu membuat perkongsian berkenaan menerusi aplikasi Threads.Di ruangan komen, pelayar Threads meluahkan rasa terhibur dan sebak membaca kisah itu.“Maaf cakap. Kadang ada ibu tiri yang lebih sayang anak berbanding emak kandung. Tak semua ibu tiri jahat.ARTIKEL BERKAITAN: Gadis trauma jadi ‘saksi mata’ kemesraan luar biasa abang dan ibu tiri dalam bilik tidur... Nak bersuara tapi tiada buktiARTIKEL BERKAITAN: “Tak payah beria sangat, anak tiri je” - Wanita syukur ibu tiri tepis hasutan kawan, ikhlas besarkan bukan darah daging“Anak saya pun membesar dengan bapa tiri. Tapi dia jaga macam anak sendiri. Semua kehendak dituruti.“Saya pun ada anak tiri. Saya sayang dia macam anak sendiri. Saya layan dia macam anak kandung,” tulis netizen.