Restu ibu bapa penting untuk mendapatkan keberkatan dalam apa jua dilakukan seorang anak. -Gambar hiasan AI
RESTU ibu bapa dalam membina perkahwinan penting untuk mendapat keberkatan dan keredaan hidup berumah tangga.Bagaimanapun tidak semua pasangan yang sedang merancang berkahwin mendapat restu keluarga malah terpaksa melalui pelbagai rintangan sebelum mendapat persetujuan. Bimbang dengan perkara itu, seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila hubungannya dengan kekasih asal dari Johor tidak mendapat restu ibu bapanya.Komunikasi yang baik penting bagi mengekalkan sesuatu hubungan. -Gambar hiasan AIDia yang berasal dari Kelantan berkata, jarak dan pekerjaan lelaki tersebut dalam sektor perbankan menjadi faktor utama keluarganya menolak hubungan tersebut."Saya kenal dengan seseorang ini dan sudah jatuh hati dengan dia. Lelaki ini seorang yang lembut, baik dan cukup menjaga agama."Masalahnya sekarang, ibu bapa saya tak setuju disebabkan jarak kampung dan pekerjaannya. Saya seorang guru dan dia pula bekerja di sebuah bank," kongsinya di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Tuduh bakal menantu ada saka, mak ayah halang anak gadis bertunang... Dapat petunjuk lepas buat istikharahARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tak restu janda kahwin duda anak 4, anggap ‘red flag’ sebab baik dengan bekas isteri - “Saya rasa dia gentleman”Tambahnya lagi, dia bukan ingin berpaling tadah terhadap ibu bapanya namun dia tidak sanggup melepaskan lelaki tersebut kerana sudah menyayanginya."Saya macam tak boleh lepaskan dia. Dia pun tak mahu lepaskan saya."Jodoh saya tersekat disebabkan ibu dan ayah. Saya minta pendapat yang baik-baik daripada anda semua," ujarnya.Wanita Kelantan jatuh hati dengan lelaki Johor.Ibu bapa tidak merestui hubungan mereka.Pekerjaan lelaki di bank turut dipertikaikan.Wanita buntu memikirkan hubungan cinta mereka.Warganet berkongsi pandangan mengenai restu ibu bapa.Ringkasan ini dijana oleh AISimpati dengan nasib wanita tersebut, warga maya berharap dia tidak berputus asa dan terus berusaha memujuk ibu bapanya."Perbaiki solat dan banyakkan berdoa supaya ibu bapa awak lembut hati dan menerima bakal suami."Restu ibu bapa itu penting. Jangan berhenti berdoa dan pujuk elok-elok. Insya-Allah terbuka hati mereka nanti. Jangan sesekali membelakangi mak ayah," antara komen netizen.