HAMPIR setiap hari, pasti ada sahaja kisah-kisah kurang enak mengenai pelarian Rohingya yang dikongsi oleh warga maya.Namun, seorang wanita dilihat seolah-olah menongkah arus apabila tampil berkongsi kisah mengenai warga Rohingya yang baik dan pembersih. "Jiran Rohingya aku ini baik. Dia bukan jenis pengotor macam Rohingya lain. Selipar pun dia susun elok-elok. Rumah dia cantik, bersih dan kemas.Ramai warga maya luah rasa kurang senang dengan kebanjiran pelarian di negara ini. -Gambar hiasan AI"Dia memang Islam jenis yang jaga solat. Aku pernah cakap, Malaysia ini bukan negara dia. Aku tanya bila dia nak balik Myanmar?"Dia pun sedar dia pelarian. Dia kata nak balik tapi tak boleh. Banyaklah yang dia cakap. Tak tahulah nak percaya ke tidak," ujar wanita itu.Menurut wanita itu, jirannya juga tidak suka melihat pelarian Rohingya lain yang membuat onar di negara ini.Wanita tular selepas kongsi kisahnya berjiran dengan Rohingya.Dia berkata jirannya itu seorang yang pembersih dan menjaga solat.Sikap jiranya itu berbeza dengan kebanyakan Rohingya di negara ini.Netizen tuduh wanita itu Rohingya yang menyamar sebagai orang Malaysia.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia siap cakap dengan saya, dia marah Rohingya yang jenis pengotor, tak jaga kebersihan. Sebab agama Islam mementingkan kebersihan."Dia juga marah dengan Rohingya yang minta MyKad untuk jadi warganegara. Dia kata tak patut," ujarnya lagi.Tambah wanita itu, dia sekadar mahu berkongsi cerita dengan warga maya dan langsung tidak berniat untuk mengangkat atau mempertahankan golongan berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Rohingya didakwa mampu beli emas harga puluhan ribu, wanita persoal sumber kekayaan pelarian di MalaysiaARTIKEL BERKAITAN: Wanita terseksa satu bas dengan 40 lelaki Rohingya, bau ‘bangkai’ menusuk hidung - “Dari Pasir Putih sampai Machang aku tak bernafas”"Saya bukan nak pertahankan golongan ini. Saya pun marah-marah dia juga. Saya suruh dia keluar daripada rumah sewa tu. Tapi dia kata setahun dua lagi."Tuan rumah itu yang jadi tali barut sewakan dekat Rohingya. Kalau saya tahu dari awal, saya memang tak akan pindah ke sini," ujarnya lagi.Perkongsian di aplikasi Threads itu mengundang pelbagai komen netizen.Banyak kisah mengenai pelarian Rohingya dikongsi di media sosial. -Gambar hiasan AIMalah, ada yang menuduh pemilik hantaran itu sebagai pelarian Rohingya yang menyamar sebagai rakyat Malaysia."Rohingya dikesan. Buat akaun palsu puji melambung-lambung. Kau ingat kami terima? Sila berambus."Kau pun pakai akaun palsu. Entah-entah kau sendiri adalah orang Rohingya," tulis netizen.