SEORANG wanita berang apabila ibu mentuanya mengungkit semula wang yang pernah dibelanjakan untuk suaminya sejak zaman sekolah hingga universiti.Menurut wanita tersebut, isu tersebut dibangkitkan ketika mereka berbual mengenai rumah sewa milik mereka. Pertelingkahan di antara mereka berlaku selepas ibu mentuanya meminta supaya hasil kutipan rumah sewa diberikan kepadanya sebagai 'bayaran' perbelanjaan pendidikan suaminya sebelum ini."Baru balik dari rumah mentua hantar makanan untuk dia, tiba-tiba dia ajak sembang fasal rumah kami yang disewa. Dia minta sewa bagi semua kepadanya.Sikap sesetengah ibu mentua biasanya tidak disukai para menantu. -Gambar hiasan AI"Kata mak mentua, masa suami masuk sekolah menengah dia bagi motosikal, duit belanja. Dia kira itu semua pinjaman. Jumlah semuanya RM70,000. Urut dada aku menahan marah."Tapi aku anak nombor dua berdarah pahlawan, aku cakap aku pun bagi anak-anak aku seorang satu motosikal."Lepas ini nak bagi kereta sebab itu tanggungjawab aku sebagai ibu," kongsinya menerusi laman Threads.Wanita itu berkata, dia masih berasa marah apabila mengingati semula perkara berkenaan, terutama apabila ibu mentuanya mengungkit semua bantuan yang pernah diberikan.ARTIKEL BERKAITAN: Mentua paksa balik raya awal, rupanya nak suruh kemas rumah! Lega suami jadi ‘hero’, tak rela isteri dilayan macam bibikARTIKEL BERKAITAN: Wanita tolak ajakan tunai umrah, dituduh benci keluarga mentua... Sebenarnya dah tak sanggup dengar suami ungkit fasal duit, dihina miskinDalam perkongsian sama, wanita itu turut meluahkan rasa terkilan kerana sebelum isu tersebut timbul, dia sudah bersusah-payah menyediakan makanan untuk ibu mentuanya."Sampai sekarang aku masih marah, rasa dada berombak sebab tahan geram bila ingat dia ungkit habis semua. Agak-agak salah tak aku doa dia cepat mati?"Aku dah la hantar chicken chop. Dah la susah payah buat nak bagi dia makan. Hantar pula naik motosikal sorang-sorang. Alih-alih hutang kena bayar pula," luahnya.Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk mengenai hasil sewaan rumah pasangan berkenaan.Mentua dakwa RM70,000 duit suami sejak sekolah adalah pinjaman.Wanita berang apabila bantuan kepada suami diungkit semula.Ibu mentua turut meminta hasil sewaan rumah dibahagikan.Wanita tidak kisah soal wang, tetapi terkilan bantuan diungkit.Katanya, membantu anak adalah tanggungjawab sebagai seorang ibu.Ringkasan ini dijana oleh AIMenjawab seorang netizen, wanita itu berkata dia langsung tidak mengharapkan wang sewa tersebut sebagaimana didakwa netizen berkenaan."Pendapatan saya dua kali ganda daripada suami. Memang tak hamak duit sewa itu langsung. Tapi saya geram dia asyik ulang cakap duit belajar apa semua itu pinjaman."Konon suami cakap nak bayar semula. Siap cakap pernah buat pinjaman untuk suami saya belajar. Masa suami tengah belajar pun saya pelik kenapa dia datang rumah ambil duit."Rupanya mak mentua cakap suami saya janji nak bayar duit sekolah dulu-dulu itu pakai pinjaman belajar. Eh! memang meminta sungguh kena maki ya," jelasnya.