UCAPAN dan perkataan yang dilontarkan ketika marah boleh meninggalkan luka dan trauma mendalam dalam diri seseorang.Begitulah perasaan wanita ini selepas herdikan ibu terhadap bapanya masih segar dalam ingatan walaupun lelaki terbabit sudah meninggal dunia. "Mak aku dulu selalu marah ayah dengan kata-kata cepat-cepatlah mati! Hidup pun menyusahkan aku. Pergi telan racun biar mati, hilang beban aku!Golongan suami perlu membantu menguruskan rumah tangga. -Gambar hiasan"Tapi selepas ayah aku meninggal dunia sebab masalah jantung, mak selalu tunjuk kesedihan dia dekat media sosial, kononnya rindu suami," luahnya di Threads.Cerita wanita tersebut, dia berasa sakit hati membaca setiap luahan ibunya kerana hakikatnya berbeza dengan apa ditulis di media sosial.Dakwanya, nama bapanya sentiasa menjadi sasaran hanya kerana pada saat akhir hayatnya, arwah lebih banyak tidur dan tidak melakukan kerja rumah.Seorang wanita masih trauma mengenangkan kata-kata kasar ibunya terhadap arwah ayah yang meninggal dunia akibat masalah jantung.Ibunya didakwa pernah menyuruh lelaki tersebut segera mati kerana dianggap membebankan keluarga dan tidak melakukan kerja rumah.Beberapa hari selepas herdikan itu, bapanya meninggal dunia.Wanita berkenaan mempertahankan arwah sebagai bapa yang baik dan tidak pernah memaki, mencaci atau menghinanya meskipun mempunyai kekurangan sebagai suami.Warga maya bersimpati dengan nasibnya serta menasihati wanita itu supaya menetapkan batas dan mengurangkan hubungan dengan ibunya demi menjaga emosi.Ringkasan ini dijana oleh AI"Depan anak mak masih burukkan arwah suaminya sendiri sedangkan saya membesar dengan figura seorang ayah yang baik."Saya tak pernah dimaki, dicaci atau dihina cuma sewaktu awal perkahwinan mereka, dia bukan lelaki sempurna."Sebab itulah ibu saya hanya mengungkit kehidupan dia masa awal-awal perkahwinan mereka," ujarnya sayu.ARTIKEL BERKAITAN: Arwah ayah tak jujur, rahsia poligami hanya terbongkar lepas meninggal… Paling sakit hati ibu tiri bolot rumah, harta pusakaARTIKEL BERKAITAN: “Hidup, mati asyik susahkan orang” - Pemuda bingung arwah bapa tinggal hutang RM700,000... Semasa hayat culas nafkah!Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta dia mengabaikan kata-kata ibunya itu."Nak senyapkan mulut mak memang kena lawan balik tapi lawan dengan cara lain yang tak senada dengan dia."Mak kamu ini narsisistik, jadi jauhkanlah diri selamanya dan kurangkan berhubung sebab dia tak akan berubah sampai mati," demikian reaksi netizen.