suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita tolak ajakan tunai umrah, dituduh benci keluarga mentua... Sebenarnya dah tak sanggup dengar suami ungkit fasal duit, dihina miskin

Suami perlu melindungi dan menjaga perasaan isteri. -Gambar hiasan AI

SIAPA yang tidak mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah tetapi tidak buat wanita ini yang menolak ajakan suaminya ke sana.

Bukan kerana belum bersedia sebaliknya wanita ini tidak sanggup lagi menahan penghinaan daripada suaminya.

Dakwanya, suaminya gemar mengungkit soal duit setiap kali mereka keluar makan atau bercuti malah gemar mengutuknya yang berasal dari keluarga miskin.

"Suami selalu cakap semua benda dia tanggung. Saya pula anak yatim piatu. Saya kahwin dengan suami sebab tengok dia seorang yang pemurah.

Kebanyakan wanita mengimpikan seorang suami penyayang dan menghormati isterinya. -Gambar hiasan AI

"Tapi lepas kahwin baru saya tahu dia sejenis macam ini. Akan offer saya macam-macam tapi lepas itu kalau keluar makan, balik tu dia akan cakap makan pun aku yang tanggung. 

"Bila ajak bercuti luar negara dia cakap apa-apa pun duit aku tak pun duit mak bapa aku, kau? Lambat lagi. Jadi kali ni saya tolak sebab dah tak sanggup nak kena dengar dia punya penghinaan," ceritanya.

Bagaimanapun, tindakan menolak ajakan menunaikan umrah menyebabkan dia dituduh tidak menyukai keluarga mentuanya.

Dalam hantaran itu juga, wanita itu turut mendedahkan rumah tangga mereka sebenarnya bermasalah sejak awal perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami 'mogok' isteri ungkit bab duit! Enggan makan di rumah, minta izin sebelum goreng telur - "Nanti abang ganti balik"

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘panas’ suami asyik ungkit taja umrah setiap kali bergaduh, tak fikir panjang terus ‘transfer’ RM13,000 - “Aku tak hadap!”

Menurutnya, dia berhenti kerja selepas dipujuk suami yang berjanji akan menjaganya dengan sebaik mungkin selepas mereka berkahwin.

"Dia cakap dia akan jaga saya sebaiknya. Saya tinggalkan kerja dan adik-beradik saya demi kahwin dan duduk bersama dengan keluarga dia.

"Saya okey saja duduk sekali dengan mentua tapi bila ada pergaduhan mentua saya mesti akan dengar. Setiap hari saya dimalukan depan mentua saya.

"Bila suami mengadu pada mentua, saya diam je. Bila saya mengadu, ibu mentua suruh saya sabar.

  • Wanita tolak ajakan umrah kerana tak tahan dihina suami.
  • Dakwa sering diungkit soal wang dan diperkecil kerana keluarga susah.
  • Keputusan itu menyebabkan dia dituduh tidak menyukai mentuanya.
  • Keluarga mentua tuduh derhaka dengan suami bila meluah.
  • Luahan tersebut mengundang simpati netizen terhadap nasib yang dialaminya.

"Bapa mentua cakap saya isteri tak bau syurga sebab bagi dia saya tinggi suara waktu meluah fasal suami," imbasnya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita itu, namun menyarankan wanita ini untuk tetap ke Tanah Suci.

"Pergi je umrah. Anggap je jemputan Allah. Dekat sana minta doa sungguh-sungguh supaya suami berubah jadi lebih baik.

"Dekat Tanah Suci doa kita sangat mustajab jadi yakin dengan doa awak nanti masa tunaikan umrah," komen beberapa netizen.

Artikel Lain