suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rindu seorang bapa... Hampir 12 tahun tak pulang ke rumah, pakcik jual tisu depan restoran harap selisih dengan anak - “Dia suka makan dekat sini“

Kebanyakan warga emas menjual tisu demi menjana pendapatan. -Gambar hiasan

SIAPA sangka rutin seorang pakcik menjual tisu di hadapan premis menjual makanan menyimpan cerita menyentap jiwa.

Kisahnya dikongsikan seorang individu yang terserempak dengan warga emas berusia lingkungan 60-an itu ketika melalui sebuah kedai makan.

Menurutnya, setiap kali pelanggan keluar dari kedai, pakcik itu akan mengangkat sebungkus tisu sambil menawarkan kepada mereka dengan harga RM2.

"Setiap kali orang keluar dari kedai, pakcik ni cakap dua ringgit, nak? Ramai geleng. Ada yang langsung tak pandang. Aku pun sebenarnya dah lalu depan dia banyak kali tanpa beli.

Tidak semua individu akan membeli tisu yang dijual secara rawak di premis makanan. -Gambar hiasan AI

"Sampailah satu malam aku nampak pakcik tu masih dekat situ walaupun kedai dah nak tutup. Aku pergi dekat dia dan tanya pakcik tak balik lagi? Dia tengok bakul, ada empat lagi.

"Aku pun keluarkan RM10. Bagi saya semua tisu tu. Baki pakcik ambil la. Tapi dia pulangkan RM2. Katanya empat RM8, pakcik masih pandai kira. Masa tu aku tergelak kecil," katanya.

Selepas memulangkan baki wang, pakcik itu dilihat dalam keadaan menggigil ketika menyimpan duit ke dalam poketnya.

Ketika ditanya mengenai anak-anaknya, pakcik itu mengeluarkan telefon lama yang memaparkan gambar seorang lelaki muda berpakaian konvokesyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap gaduh dengan mak, anak derhaka kini menyesal! Ada sesuatu jentik hati lepas keluar rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dapat pengajaran selepas sanggup ‘gaduh’ dengan ibu nak minum air kotak ‘taste not good’

Namun, individu itu tidak menyangka jawapan yang diberikan pakcik berkenaan merungkai kisah di sebalik penantiannya selama ini.

"Pakcik pandang lama gambar itu, dia jawab tak tahu. Aku ingat salah dengar. Rupanya hampir 12 tahun anak dia tak balik. Bergaduh, keluar rumah lepas itu terus hilang.

"Aku pun tanya dengan nada perlahan, jadi kenapa pakcik masih menjual dekat sini? Dia tunjuk kedai makan belakang aku. Pakcik cakap anak dia suka makan dekat kedai itu.

  • Pakcik jual tisu masih menanti anak pulang selepas 12 tahun.
  • Anak terputus hubungan selepas berselisih faham dengan ayah.
  • Setia menjual tisu di kedai makan kegemaran anak.
  • Berharap anak melihatnya masih ada dan menanti.
  • Pesanan pakcik buat anak-anak yang masih punya ibu bapa.

"Pakcik bukan tak ada tempat lain nak menjual tapi kalau satu hari anak lalu sini pakcik nak dia nampak pakcik masih ada. Aku terus tak tahu nak jawab apa," ceritanya lagi.

Sebelum beredar, pakcik itu sempat menitipkan pesanan buat mereka yang masih mempunyai ibu bapa agar tidak membiarkan perselisihan faham memisahkan hubungan kekeluargaan.

"Pakcik tu pesan kalau mak ayah masih ada, gaduh macam mana pun baliklah. Orang tua ni kadang-kadang mulut keras tapi pintu rumah dia tak pernah tutup untuk anak-anak.

"Malam itu aku belajar sesuatu. Balik la ke pangkuan mak ayah sebelum terlambat," ujarnya menutupi kisah tersebut.

Artikel Lain