suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda fobia pandu kereta walau ada lesen, jadi ‘modal‘ pergaduhan dengan teman wanita - “Hina ke lelaki tak pandai drive?“

Setiap individu perlu lebih memahami keadaan dan keperluan pasangan masing-masing. -Gambar hiasan AI

TIDAK semua orang yang memiliki keyakinan untuk memandu kereta walaupun mempunyai lesen dan berkemampuan membeli kenderaan sendiri.

Seperti kisah seorang lelaki ini, dia terkilan apabila teman wanitanya merungut kerana dia tidak pandai memandu kereta.

"Hina sangat ke lelaki kalau tak pandai drive kereta? Aku ada kerja tetap, pergi kerja bawa motosikal.

"Ada je lesen kereta tapi tak berani drive kawasan Kuala Lumpur ini," luah lelaki itu dalam hantaran di X.

Ramai memilih pengangkutan awam untuk bergerak ke destinasi ingin dituju berbanding memandu kereta sendiri. -Gambar hiasan AI

Menurut lelaki itu, teman wanitanya memiliki kereta sendiri dan sering membawanya keluar ketika mereka meluangkan masa bersama.

Bagaimanapun, dia mendakwa teman wanitanya ada merungut mengenai ketidakmampuannya memandu kereta, meskipun dia menanggung perbelanjaan setiap kali mereka keluar bersama.

"Girlfriend aku ada kereta. Setiap kali dating dia akan ambil aku. Tapi kadang-kadang dia ada merungut sebab aku tak drive.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak berhenti selepas langgar kereta tepi jalan, remaja 14 tahun ‘sapu’ pula kenderaan lain gara-gara lawan arus!

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki memandu 932 km untuk lamar kekasih... Gantung sepanduk di kereta supaya pemandu lain beri laluan

"Tapi aku bayarkan je semua perbelanjaan setiap kali kami dating," jelasnya lagi.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang memberikan pandangan serta nasihat kepada lelaki berkenaan.

Ada berpendapat kemahiran memandu merupakan satu kelebihan yang wajar dipelajari, manakala segelintir lain meminta lelaki itu supaya tidak terlalu memikirkan perkara tersebut.

  • Lelaki ada lesen tapi tak berani memandu.
  • GF merungut teman lelaki tak pandai memandu.
  • Lelaki dakwa bayar semua kos ketika dating.
  • Luahan lelaki undang pelbagai reaksi netizen.
  • Netizen nasihat belajar memandu bina keyakinan.

"Belajar saja la bawa kereta. Salah satu kemahiran juga tu. Tak rugi boleh bawa kereta.

"Zaman sekarang perempuan tak pandai memandu atau tak berani pandu kereta pun dipandang hina, apatah lagi kalau lelaki. Semoga awak diberi keberanian bawa kereta lepas ini.

"Kalau takut memandu, cuba dengar lagu masa tengah drive. Aku pun dulu takut-takut juga nak pandu kereta," komen sesetengah netizen memberi pendapat.

Artikel Lain