PERKAHWINAN sering diibaratkan seperti satu perjudian kerana tiada siapa mampu menjangka sama ada bahtera yang dibina akan membawa bahagia atau derita.Bagi seorang wanita, tempoh empat tahun melayari bahtera rumah tangga kini terasa semakin membebankan apabila kebanyakan urusan harian terpaksa dipikul di bahunya sendiri tanpa sokongan suami. Menurut wanita itu, suaminya yang mempunyai latar belakang pendidikan sekolah agama dikatakan kurang mahir melakukan kerja-kerja pertukangan di rumah.Ada sebahagian isteri lebih berkemahiran berbanding suami. -Gambar hiasan AI"Aku dah kahwin dengan dia hampir empat tahun dan selama tempoh ni, kalau aku beli perabot dalam talian, aku yang pasang sendiri."Daripada rak buku, kabinet dapur, meja belajar, meja televisyen, semua aku buat. Dia bagi alasan tak tahu," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Suami malas kerja, isteri asyik kena gadai emas 'cover' komitmen bulanan! Ramai suruh cerai sebelum ada anak dengan biawak hidupARTIKEL BERKAITAN: “Stres hidup dengan orang busuk!” - Isteri dedah tabiat pengotor suami malas mandi, bau kepam menusuk sampai luar rumahMalah, dia turut menguruskan sendiri pelbagai kerosakan di rumah termasuk menggantikan kepala paip dan tombol pintu, membaiki kebocoran di bahagian sinki serta memasang basikal anak."Aku ni pun sebenarnya tak tahu, tapi aku Google, tengok di YouTube. Belajar satu-satu."Kalau orang tanya, kenapa tak suruh? Aku dah suruh tapi dia mudah gelabah dan kurang sabar. Pernah kabinet rosak sebab asyik salah pasang," katanya lagi.Menurut wanita itu, apa yang lebih mengecewakannya adalah sikap tidak keprihatinan suaminya setiap kali dia jatuh sakit."Masa dia sakit, aku layan bagai raja. Makanan aku hidangkan dalam bilik. Kalau tak larat, aku suap dia makan."Tapi apabila aku sakit, minta tolong buatkan air 3 dalam 1 sebab nak makan ubat pun dia biarkan aku sampai dua jam," katanya.Menurut wanita itu, dia pernah meminta suaminya menyediakan minuman untuk dicicah bersama roti sebagai alas perut sebelum mengambil ubat.Namun dia mendakwa permintaan itu tidak diendahkan sehingga tertidur dan apabila terjaga, minuman tersebut masih belum disediakan."Dia buat apa? Main telefon, kadang-kadang layan drama. Aku gagahkan juga ke dapur, buat air sendiri untuk makan ubat," katanya.Empat tahun kahwin, isteri dakwa banyak urusan rumah dibuat sendiri.Pasang perabot hingga baiki paip, semuanya dipelajari menerusi internet.Lebih terkilan apabila suami didakwa kurang prihatin ketika dia sakit.Wanita serba salah memikirkan nasib perkahwinan keduanya.Netizen cadang upah orang jika suami tidak mahir kerja pertukangan.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam pada itu, dia mengakui ada individu yang menyarankannya supaya tidak meneruskan lagi perkahwinan tersebut, namun keputusan itu bukan sesuatu yang mudah."Aku bukan tak nak, tapi ni perkahwinan kedua aku. Bekas suami dulu kaki perempuan, yang sekarang aku stres sebab benda-benda macam ni."Aku asyik fikir, takkan nak cerai kali kedua. Tapi aku penat," luahnya.Perkongsian berkenaan menarik perhatian netizen yang menyarankan agar wanita itu meminta pertolongan pihak lain membuat kerja pertukangan dengan suaminya membayar upah."Kalau dia tak reti, belajar pun tak nak. Upah orang buatkan dan suruh suamia awak bayar. Dah dia yang tak pandai."Tak payah tunjuk awak tahu semua benda. Dalam hidup perlukan kebodohan seketika supaya tak dipergunakan," komen warga maya.