suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hutang bertimbun tapi tiada pendapatan... Wanita ini hampir buat benda paling bodoh dalam hidup, mujur teringat nasib anak kecil!

Masalah kewangan yang membelenggu boleh menyebabkan tekanan emosi. -Gambar hiasan AI

MASALAH kewangan boleh memberi tekanan emosi yang berat, lebih-lebih lagi apabila seseorang itu dibebani hutang bertimbun dalam keadaan diri tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan.

Lebih menambah rasa pilu, kekangan yang dialami itu dilalui bersama anak-anak yang masih kecil.

Begitulah kisah duka seorang wanita yang kini buntu selepas usahanya mencari rezeki masih belum membuahkan hasil hingga terpaksa berhutang demi kelangsungan hidup.

"Tertekannya hidup aku ni. Aku ada pinjaman yang terlampau banyak.

Masalah kewangan yang dialami pasti memberi kesan pada emosi seseorang. -Gambar hiasan AI

Masalah kewangan yang dialami pasti memberi kesan pada emosi seseorang. -Gambar hiasan AI

"Hantar resume hari-hari tapi kesemuanya tak panggil temu duga, aku dah terdesak sangat nak kerja ni," luahnya di Thread.

Kecewa dan menyalahkan diri sendiri atas nasib malang yang menimpa, wanita ini mengakui timbul rasa benci yang amat sangat hingga terfikir untuk mengambil jalan pintas menamatkan riwayat hidup.

Keadaan menjadi semakin meruncing apabila dia gagal melunaskan bayaran bulanan kenderaan mengikut jadual berikutan wang simpanan yang makin menipis.

  • Seorang wanita berdepan tekanan emosi akibat dibebani hutang tanpa mempunyai sumber pendapatan.
  • Dia mendakwa menghantar resume setiap hari, namun masih belum menerima sebarang panggilan temu duga.
  • Kesempitan kewangan menyebabkan wanita itu tidak mampu melunaskan pinjaman kenderaan mengikut tarikh ditetapkan.
  • Dia mengakui pernah terfikir untuk menamatkan riwayat hidup, namun mengenepikan niat tersebut selepas memikirkan nasib anak-anaknya.
  • Warga maya tampil memberikan sokongan serta berkongsi peluang pekerjaan dan cadangan untuk mengurangkan komitmen kewangannya.

"Aku nak bayar kereta tapi duit tak cukup, benci dengan diri sendiri.

"Tapi siapa nak tengok anak-anak nanti kalau aku dah tiada. Aku cuma perlu kerja je dalam bidang operasi dan pentadbiran," luahnya yang turut berharap memperoleh pendapatan sekitar RM3,000 sebulan.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya meluahkan rasa simpati di samping berkongsi beberapa peluang pekerjaan  yang boleh dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingat dapat warisi bisnes keluarga, pemuda ‘ternganga’ bapa jual kedai demi bayar hutang... Satu sen pun tak dapat!

ARTIKEL BERKAITAN: Makan pun kena catu... Suami isteri tanggung azab lepas bermewah buat majlis kahwin, gaji habis bayar hutang RM40,000!

"Semua orang pernah lalui ni, tenangkan diri dulu dan berusaha untuk dibukakan pintu rezeki.

"Cuba downgrade dulu, guna kenderaan awam dulu ke atau pindah ke rumah sewa yang lebih murah bayarannya.

"Cuba amalkan sedekah Subuh dan solat jemaah, satu minggu je, nanti tengoklah sendiri hasilnya," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain