suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki kantoi burukkan orang rumah dalam grup WhatsApp, anggap sekadar sembang ‘kacip’... Isteri bengang konon izin suami kahwin lain!

Golongan isteri berhak untuk membela diri sendiri jika difitnah. -Gambar hiasan AI

HUBUNGAN jarak jauh (PJJ) bukan mudah buat pasangan suami isteri kerana ia memerlukan kepercayaan dan kesabaran yang tinggi.

Seperti kisah wanita ini, perasaan sedih suami bakal bekerja di Sabah bertukar kecewa apabila secara tidak sengaja terbaca perbualan lelaki tersebut dengan rakan-rakannya di grup WhatsApp.

Cerita wanita ini, dia tidak menyangka suami yang dicintai tergamak mereka-reka cerita selain tergamak menabur fitnah terhadap isteri sendiri.

Isteri akan rasa rendah diri apabila dipandang serong oleh suami sendiri. -Gambar hiasan AI

"Suami cerita yang saya tidak mahu ikut dia ke Sabah sebab saya kerja dekat Semenanjung dan susah kalau nak minta tukar ke sana.

"Suami cakap yang saya bagi syarat dekat dia, kalau kena ikut dia ke Sabah, saya suruh dia kahwin dengan kawan baik saya. Saya 'paksa' dia kahwin lain.

"Apabila baca perbualan mereka saya rasa macam... Eh bila masa pula aku suruh dia kahwin lain? Banyak lagi dia cerita dalam grup itu fasal saya. Semua tak betul," katanya.

Berang dengan perkara itu, wanita itu memberitahu dia bersemuka dengan suaminya bagi mendapatkan penjelasan mengenai penipuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau kau balik, jatuh talak!” - Suami guna taklik halang isteri beraya rumah keluarga, tak peduli ibu uzur

ARTIKEL BERKAITAN: Suami lafaz taklik geram isteri suka rampas, rosakkan 'handphone'... Keluar rumah sementara tunggu perbicaraan

"Dia cakap saja borak 'kacip'! Saya rasa marah bila dia cerita macam itu dalam grup. Macam kena fitnah dengan suami sendiri," ujarnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna Threads yang rata-rata mempersoalkan tindakan suami berkongsi hal rumah tangga sehingga menimbulkan salah faham terhadap isterinya.

Malah ada juga turut persoalan mengetahui sama ada tindakan suami menceritakan hal rumah tangga kepada rakan-rakannya boleh menyebabkan jatuh talak taklik.

Untuk makluman, taklik talak merujuk kepada lafaz suami yang menggantungkan perceraian kepada syarat atau perbuatan tertentu.

  • Suami bakal PJJ di Sabah, isteri terkejut baca chat WhatsApp.
  • Isteri dakwa suami cerita bukan-bukan dalam group universiti.
  • Tak halang suami kerja di Sabah, nama isteri jadi bahan sembang.
  • Suami beri alasan sekadar borak kosong selepas kantoi.
  • Isteri kecewa cerita rumah tangga dikongsi dengan kawan-kawan.

Menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, talak taklik boleh berlaku apabila syarat yang ditetapkan dalam lafaz berkenaan dipenuhi.

Bagaimanapun, berdasarkan situasi dikongsikan wanita itu, tiada maklumat menunjukkan suaminya pernah melafazkan taklik berkaitan perbuatan tersebut. 

Justeru, tindakan membuka aib isteri kepada rakan-rakan tidak secara automatik menyebabkan jatuh talak taklik.

Sebarang keraguan mengenai lafaz taklik dan status perkahwinan perlu dirujuk kepada mahkamah syariah untuk pengesahan berdasarkan lafaz sebenar serta keadaan kes berkenaan.

Artikel Lain