ISU giliran pulang ke kampung sering menjadi antara konflik dalam rumah tangga, lebih-lebih lagi apabila tiba musim perayaan.Perbezaan kehendak antara suami dan isteri mengenai lokasi sambutan hari raya boleh mencetuskan ketegangan, apatah lagi jika melibatkan faktor ibu bapa yang uzur atau keperluan keluarga masing-masing. Seorang peguam syarie, Fatimah Majid berkongsi kisah teladan berkaitan situasi tersebut, termasuk implikasi daripada sudut hukum apabila berlaku lafaz tertentu ketika pertengkaran.Menurut Fatimah, kes berkenaan melibatkan pasangan yang sudah 14 tahun berkahwin dan kebiasaannya menyambut hari raya di kampung sebelah suami.Namun, si isteri memohon untuk pulang beraya di kampung sendiri kerana ibunya uzur pada tahun berkenaan.Permintaan itu bagaimanapun tidak dipersetujui suami sehingga mencetuskan pertengkaran antara mereka.Setiap pasangan perlu berbincang untuk mendapatkan persetujuan bersama. -Gambar hiasan AIDalam keadaan emosi, si suami kemudian melafazkan satu taklik terhadap isterinya."Aku tak izinkan kau balik rumah mak kau raya ini. Kalau kau balik, jatuh talak," cerita peguam berkenaan berikutan taklik yang dilafazkan si suami.Mengulas mengenai perkara itu, Fatimah menjelaskan bahawa lafaz tersebut adalah berbentuk taklik, iaitu talak yang digantung pada sesuatu syarat.Menurutnya, talak tidak jatuh serta-merta ketika lafaz dibuat, sebaliknya ia hanya akan berlaku sekiranya syarat yang ditetapkan dilanggar.Menurutnya, dalam situasi tersebut, jika si isteri tetap pulang ke kampung untuk beraya bersama ibunya, maka barulah talak akan jatuh kerana syarat taklik telah dipenuhi.Tambahnya, lafaz taklik yang dibuat itu juga tidak boleh ditarik balik sesuka hati.Sehubungan itu, isteri perlu membuat pertimbangan sewajarnya sama ada ingin pulang ke kampung atau sebaliknya.Jika memilih untuk pulang, tindakan itu dianggap melanggar syarat taklik dan pasangan perlu mendapatkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah.