suria

Kopiah tak lekang dekat kepala tapi ketagih ‘wayang’ dewasa! Individu kongsi cara sekat laman tak bermoral di telefon bapa

Seorang anak perlu mengambil tindakan mencegah bapa daripada sebarang aktiviti tidak bermoral. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila bapanya yang sudah berusia hampir 80 tahun didakwa ketagih menonton bahan lucah di telefon bimbit.

Menurutnya, perubahan itu sangat ketara kerana bapanya sebelum ini merupakan bekas pendidik, sering ke masjid dan aktif menghadiri pengajian agama.

Namun kini, lelaki warga emas itu dilihat semakin banyak menghabiskan masa dengan telefon termasuk mengikuti isu politik dan melayari kandungan tidak bermoral.

"Ayah seorang bekas guru, kopiah tak lekang dekat kepala. Dulu dia selalu ke masjid dan mengikuti pengajian agama. Tapi sekarang makin kurang sebab terlalu ketagih dengan porno di telefon.

"Dia juga banyak update mengenai parti politik. Sebagai anak, kecewa dan sedih saya sudah habis hadnya. Saya rasa dah tak nak doakan dia lagi.

"Semakin saya doakan dia, makin kecewa tengok dia makin jauh daripada kehidupan akhirat," luah si anak mengenai bapanya.

Tangkap layar tetapan dibuat seorang netizen turut dikongsikan di ruangan komen hantaran tersebut.

Situasi itu turut mengundang pelbagai reaksi orang ramai, malah ada yang berkongsi kaedah untuk membantu mengawal keadaan tanpa perlu berdepan dengan individu terbabit.

Terdapat lima langkah yang boleh dilakukan bagi mencegah daripada situasi ini terus berlaku:

1. Ambil telefon secara senyap

Lakukan tindakan tersebut tanpa pengetahuan bagi mengelakkan konflik atau rasa malu pada pemilik telefon.

2. Lakukan 'reset' atau format semula

Kosongkan semula telefon untuk buang sejarah pelayaran dan kandungan lama.

3. Masuk ke tetapan Google Chrome

Pergi ke bahagian tetapan (tiga titik di penjuru kanan atas).

4. Pilih Privacy and security (Privasi dan keselamatan)

Cari bahagian berkaitan keselamatan pelayaran.

5. Aktifkan Use secure DNS

Tukar kepada pilihan CleanBrowsing (Family Filter).

Dengan melakukan tetapan ini, carian atau akses berkaitan pornografi disekat atau tidak akan dipaparkan langsung.

Menurut individu yang berkongsi tip tersebut, kaedah ini berkesan terutama bagi golongan warga emas yang kurang mahir dengan tetapan teknologi.

Artikel Lain