suria

Tak pernah terfikir boleh tanam ubi keledek dalam pasu! Anda kena cuba, hasilnya tetap ‘meriah’ buat makan sekeluarga

Ubi keledek yang ditanam di dalam pasu sebagaimana perkongsian @tarique.syahman di Thread.

BERKEBUN di rumah kini semakin menjadi pilihan ramai, bukan sahaja sebagai hobi mengisi masa lapang, malah mampu menjimatkan perbelanjaan dapur. 

Jika sebelum ini kebanyakan individu gemar menanam sayur berdaun seperti sawi atau kangkung, apa kata cuba sesuatu yang lebih ‘berisi’ seperti ubi keledek.

Menariknya, seorang pengguna Threads berkongsi cara mudah menanam ubi keledek yang sesuai untuk ruang terhad di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kita sahut seruan kerajaan! Dah jumpa cara tanam kangkung supaya subur dan lebat, penghuni apartmen pun boleh buat

Menurutnya, tanaman ini tidak memerlukan kawasan luas tetapi mampu memberikan hasil yang banyak jika kena dengan caranya.

Ubi keledek juga tidak memerlukan air yang terlalu banyak dan tidak perlu ditanam secara berkelompok seperti jagung. 

Malah, ditanam di dalam pasu pun sudah memadai untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Berikut langkah-langkah mudah yang dikongsikan:

1) Sediakan medium tanaman

Gunakan campuran tanah yang sesuai iaitu coco peat, sekam padi dan sekam padi bakar.

Tambahkan sedikit pasir yang ada di rumah bagi membantu sistem saliran dan memastikan tanah tidak terlalu padat.

2) Pilih pasu bersaiz besar

Gunakan pasu yang paling besar bagi memberi ruang kepada ubi untuk membesar dengan baik.

Ruang yang cukup penting bagi memastikan hasil yang lebih ‘padu’.

3) Pilih ubi keledek sesuai

Beli ubi keledek dari pasar raya, sebaiknya yang berkulit ungu dan berisi oren.

Letakkan ubi tersebut di dalam bekas yang berisi sedikit air bersama tisu, kemudian simpan di tempat redup seperti bawah sinki.

4) Tunggu pucuk dan akar tumbuh

Biarkan sehingga pucuk baru tumbuh kira-kira sepanjang dua jengkal.

Selepas itu, ambil pucuk tersebut dan rendam dalam bekas berisi air untuk menggalakkan pertumbuhan akar.

5) Pindahkan ke pasu

Apabila akar sudah mula keluar, pindahkan pucuk tersebut ke dalam pasu yang telah diisi dengan campuran tanah tadi.

Pastikan tanaman mendapat cahaya matahari yang mencukupi untuk pertumbuhan optimum.

Anda akan dapat menuai hasilnya dalam masa dua hingga tiga bulan.

Artikel Lain