SEJAK seminggu lalu, ramai mula merungut tentang cuaca panas melampau yang melanda negeri Kedah.Suasana sambutan perayaan Aidilfitri di negeri utara tanah air itu juga diibaratkan seperti berada di dalam 'ketuhar' sehingga ramai yang mandi peluh disebabkan bahang cuaca panas. Walaupun negeri-negeri lain turut berdepan cuaca panas, pasti ramai tertanya-tanya mengapa bahang di Kedah dirasakan jauh lebih teruk berbanding kawasan lain.Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), beberapa kawasan di Kedah ketika ini sedang mengalami cuaca panas tahap dua iaitu gelombang haba dengan suhu mencecah antara 37 hingga 40 darjah celsius.Seorang individu dikenali sebagai @shafiehashim tampil berkongsi penjelasan yang dianggap membuka mata, berdasarkan faktor geografi dan sistem alam semula jadi.Menerusi perkongsian tersebut, keadaan ini bukanlah disebabkan Kedah berada lebih dekat dengan matahari, sebaliknya berkait rapat dengan fenomena dikenali sebagai kesan benua (continental effect) serta pembentukan 'poket haba'.Jelasnya, Malaysia secara keseluruhan dikelilingi oleh laut, dan kebanyakan negeri di bahagian selatan serta Pantai Timur menerima tiupan angin laut yang bertindak sebagai sistem penyejukan semula jadi.Orang ramai di kawasan yang terlibat disarankan menghadkan aktiviti luar dan meminum air secukupnya. -Gambar hiasanAngin ini katanya membantu menstabilkan suhu dengan membawa udara lembap yang lebih sejuk ke daratan."Tapi bila masuk bahagian Kedah dan Perlis, geografi dia dah lain sikit."Kawasan Utara ini dah bersambung dengan daratan benua Asia (Thailand sampai ke atas). Bila tiba musim peralihan monsun dan Ekuinoks (matahari tegak atas kepala), daratan besar ni akan serap haba macam kuali leper yang tengah panas."Angin kering dari darat besar Siam ini akan tiup turun ke Kedah. Kelembapan udara pula kurang. Jadi cooling system dari laut itu tidak cukup kuat nak lawan angin kering benua ni," jelasnya.ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah baju cepat pudar, bau hapak! Ramai asal boleh je sidai pakaian, rupanya teknik ‘terbalik’ simpan 4 rahsia besarTambahan pula ujarnya, faktor geografi Kedah yang terkenal dengan kawasan bendang yang luas dan permukaan tanah rata memudahkan penyerapan haba secara maksimum.Selain itu, kedudukannya yang dikelilingi banjaran gunung di bahagian timur turut menyumbang kepada fenomena pemerangkapan haba."Jadi secara senyap-senyap, muka bumi Utara ini berfungsi macam satu oven gergasi. Haba tu masuk, terperangkap, dan tak boleh nak lari pergi mana-mana!"Sebab itu orang Kedah rasa macam duduk dalam ketuhar berbanding orang negeri lain yang masih dapat tiupan angin lembap dari laut," terangnya lagi.Memetik laporan media, kawasan Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Baling di Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah celsius.Penduduk di semua kawasan terbabit turut dinasihatkan berjaga-jaga, minum air secukupnya dan mengurangkan aktiviti luar kerana keadaan kering sebagaimana saranan METMalaysia.