Cara menyidai pakaian sebenarnya memainkan peranan penting dalam menjaga kualiti dan ketahanan baju. -Gambar hiasan AI
BAGI kebanyakan daripada kita, tugas menjemur atau menyidai pakaian dianggap remeh dan biasanya dilakukan secara sambil lewa.Ini termasuk hanya menggantung pakai yang basah menggunakan hanger dan tidak kurang juga tidak membalikkan dahulu pakaian sebelum disidai. Dalam zaman serba canggih, semakin ramai juga memilih mencuci dan menggeringkan pakaian menggunakan mesin pengering di dobi layan diri.ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu peluntur! Hanya tambah satu bahan ini, baju putih kusam kembali berseri macam baharuNamun siapa sangka, cara menyidai pakaian sebenarnya memainkan peranan penting dalam menjaga kualiti dan ketahanan baju.Seorang pelayar media sosial, @ruangteduh.house berkongsi 'kelebihan' tabiat menyidai pakaian secara terbalik yang bukan bertujuan melindungi warna, sebaliknya mempunyai 'manfaat' lain yang mungkin tidak disedari.1. Lindungi corak dan fabrikAntara sebab utama pakaian disidai secara terbalik adalah untuk melindungi corak, terutama pada baju yang mempunyai cetakan atau hiasan seperti manik.Pendedahan terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan bahan cetakan menjadi rosak, merekah atau pudar dengan lebih cepat. Dengan membalikkan pakaian, bahagian tersebut terlindung dan dapat mengekalkan rupa asal lebih lama.2. Kering lebih sekata, elak bau hapakSelain itu, teknik ini juga membantu mempercepatkan proses pengeringan, khususnya pada bahagian pakaian yang lebih tebal seperti kolar dan poket.Apabila pakaian diterbalikkan, bahagian berlapis ini lebih terdedah kepada haba dan aliran udara, sekali gus mengurangkan risiko pakaian berbau hapak atau masam akibat tidak kering sepenuhnya.3. Kurangkan kesan luntur dan belangCahaya matahari yang terik juga boleh menyebabkan kesan luntur atau belang pada pakaian, terutama jika disidai menggunakan penyepit atau penyangkut.Dengan menyidai secara terbalik, sebarang kesan tersebut hanya berlaku pada bahagian dalam pakaian dan tidak menjejaskan penampilan luaran.4. Sorok kesan penyepitDalam masa sama, teknik ini turut membantu menyembunyikan kesan penyepit yang kadangkala meninggalkan tanda pada kain.Apabila kesan tersebut berada di bahagian dalam, pakaian kelihatan lebih kemas apabila dipakai tanpa perlu digosok secara berlebihan.