suria

‘Storage’ iPhone asyik penuh? Bukan gambar saja punca, ini 5 langkah ‘bersihkan’ telefon anda

Storan penuh menyukarkan pengguna untuk memuat turun aplikasi baharu dan menjejaskan prestasi peranti. -Gambar hiasan AI

DALAM era digital hari ini, telefon pintar bukan lagi sekadar alat komunikasi, sebaliknya menjadi tempat menyimpan pelbagai perkara penting daripada gambar kenangan sehinggalah dokumen kerja harian.

Namun, antara masalah paling kerap dihadapi pengguna iPhone ialah ruang storan yang cepat penuh, walaupun sudah berkali-kali memadam gambar dan video. 

Situasi ini bukan sahaja menyukarkan pengguna untuk memuat turun aplikasi baharu, malah boleh menjejaskan prestasi peranti.

Menerusi satu perkongsian oleh akaun yang sering berkongsi tip gajet di media sosial, @hdmobile.my, ramai sebenarnya tidak menyedari punca storan penuh bukan hanya datang daripada fail media, tetapi juga cache yang terkumpul secara ‘senyap’.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda sedang rancang majlis rumah terbuka? Cuba semak 8 elemen ini, bab tandas jangan di buat main

“Ramai tak tahu… Storage iPhone penuh bukan sebab gambar dan video je.

“Cache yang terkumpul pun boleh jadi punca senyap-senyap,” ujarnya.

Berikut merupakan beberapa langkah mudah yang dikongsi untuk membantu melapangkan storan iPhone tanpa perlu melakukan reset:

Langkah 1: Bersihkan cache Safari

•    Pergi Settings > Apps > Safari

•    Tekan Clear History and Website Data

Cache dan data lama akan terus dibuang, sekali gus memberi ruang tambahan pada storan.

Langkah 2: Padam mesej lama secara automatik

•    Pergi Settings > Apps > Messages

•    Tekan Keep Messages

•    Pilih 30 Days atau 1 Year

Tetapan ini membantu mengelakkan mesej lama terus terkumpul tanpa disedari.

Langkah 3: Kosongkan storan dalam WhatsApp

•    Buka WhatsApp > Settings > Storage and Data > Manage Storage

•    Padam gambar atau video yang tidak penting

Pengguna juga boleh mengaktifkan fungsi Disappearing Messages untuk mengelakkan mesej disimpan terlalu lama.

Langkah 4: Aktifkan Offload Unused Apps

•    Pergi Settings > General > iPhone Storage

•    Pilih aplikasi yang jarang digunakan > Offload App

Fungsi ini akan membuang aplikasi tanpa memadam data, jadi pengguna boleh memasangnya semula bila diperlukan.

Langkah 5: Elakkan simpan fail besar terlalu lama

•    Video lama

•    Gambar ‘backup’

•    Dokumen kerja

Semua fail ini boleh memakan ruang storan dengan cepat jika dibiarkan terlalu lama tanpa disusun atau dipadam. Semoga bermanfaat!

Artikel Lain