AMALAN ziarah-menziarahi dan penganjuran rumah terbuka apabila tibanya musim perayaan menjadi tradisi yang tidak pernah ditinggalkan.Dalam suasana ini tuan rumah pastinya mahu berikan impresi terbaik kepada tetamu, bukan sekadar daripada segi hidangan, tetapi juga suasana kediaman secara keseluruhan. Hakikatnya, rumah tidak perlu besar atau dekorasi terlalu mewah untuk kelihatan ‘high class’.Di Threads, seorang wanita berkongsi panduan asas tetapi berkesan untuk menjadikan rumah nampak lebih eksklusif walaupun dengan persediaan yang sederhana.Menurutnya, ada beberapa perkara asas yang sering dipandang remeh, namun sebenarnya memberi impak besar terhadap persepsi tetamu.1. SuasanaAntara yang disarankan:* Hidupkan pendingin hawa atau kipas lebih awal supaya rumah terasa nyaman dan mengalu-alukan.* Pastikan pencahayaan mencukupi agar rumah tidak kelihatan suram.* Gunakan pewangi ringan atau diffuser untuk mewujudkan bau yang segar.* Pastikan kawasan pintu masuk bersih, kasut tersusun dan tiada bau kurang menyenangkan.2. Ruang tamu kemas dan tersusun* Susun bantal sofa dengan kemas, bukan sekadar diletakkan.* Elakkan barang bersepah seperti pengecas, plastik atau kain.* Sediakan tisu, tong sampah kecil dan pastikan karpet dalam keadaan bersih.3. Hidangan nampak ‘proper’ walaupun simple* Gunakan dulang atau tray untuk nampak lebih tersusun.* Pilih pinggan dan cawan yang seragam — tidak semestinya mahal, asalkan matching.* Elakkan penggunaan plastik yang nampak ‘cheap’.* Jika menggunakan bekas pakai buang, pilih warna putih atau neutral.* Susun makanan dengan rapi agar lebih menyelerakan.4. Minuman gaya ‘kafe’* Hidangkan air dalam jag, bukan terus dari botol.* Tambahkan ais bersama hirisan lemon atau limau untuk nampak lebih eksklusif.* Sediakan sekurang-kurangnya dua pilihan - air kosong dan air manis.5. Tandas bersih * Pastikan sabun sentiasa ada dan mencukupi.* Sediakan tisu secukupnya.* Lantai dalam keadaan kering.* Pastikan tandas berbau wangi dan cermin bersih.Menurut perkongsian itu, jika tandas berada dalam keadaan baik, keseluruhan rumah akan dilihat lebih ‘high standard’.6. ‘Aura’ tuan rumah * Berpakaian kemas tanpa perlu berlebihan.* Rambut terurus dan penampilan bersih.* Sentiasa senyum dan menyambut tetamu dengan mesra.7. Aliran rumah terkawal dan tenang* Elakkan suasana kelam-kabut atau jeritan.* Sediakan ruang atau zon khas untuk anak-anak.* Kawal volume televisyen agar tidak terlalu bising.8. Sentuhan ekstra yang beri ‘wow factor’* Gunakan lilin atau diffuser untuk ‘hotel vibes’.* Pasang muzik latar perlahan seperti instrumental atau jazz.* Sediakan satu sudut menarik untuk tetamu bergambar.Dengan sedikit usaha dan perancangan, rumah yang sederhana juga mampu memberi rasa selesa, eksklusif dan meninggalkan impresi yang baik kepada setiap tetamu yang datang beraya.