suria

Wanita kongsi cara selamatkan tudung kecut akibat termasuk ‘dryer’... Ikut 5 langkah mudah ini memang menjadi

Tidak semua jenis fabrik sesuai dikeringkan menggunakan 'dryer'. -Gambar hiasan AI

PEMAKAIAN tudung bukan sahaja menutup aurat tetapi elemen penting dalam melengkapkan penampilan dan gaya seseorang wanita.

Namun mood wanita boleh bertukar seperti singa kelaparan jika tudung kesayangan mengecut atau berubah bentuk selepas tanpa sengaja dimasukkan ke dalam mesin pengering (dryer).

Seorang individu dikenali sebagai @fatinaklili tampil berkongsi beberapa tip berguna khusus buat wanita bagi mengatasi masalah tersebut. 

ARTIKEL BERKAITAN: Warna baju Melayu luntur lepas cuci kali pertama? Jangan panik, ada cara elak pakaian ‘rosak’ sebelum raya

Menurutnya, masih ada cara untuk 'menyelamatkan' tudung jika dilakukan dengan langkah yang betul.

Berikut merupakan perkongsiannya;

1. Rendam dengan pelembut (softener)

Campurkan air suam bersama pelembut fabrik, kemudian rendam tudung selama 20 hingga 30 minit. Kaedah ini membantu melembutkan semula fabrik yang telah mengeras akibat haba tinggi.

2. Regangkan perlahan-lahan

Selepas direndam, elakkan memerah kain terlalu kuat. Sebaliknya, tarik perlahan-lahan mengikut bentuk asal tudung. Beri fokus pada bahagian yang kelihatan mengecut untuk mendapatkan semula saiz asal.

3. Seterika guna steam iron

Gunakan seterika yang mempunyai fungsi wap (steam). Semasa menggosok, tarik sedikit kain tersebut secara perlahan. Wap panas membantu 'merehatkan' fiber kain dan memudahkan ia kembali ke bentuk asal.

4. Guna perapi rambut (pilihan)

Jika kain masih terasa keras, boleh cuba rendam sekali lagi menggunakan campuran air dan sedikit perapi rambut (hair conditioner). Kemudian bilas seperti biasa untuk hasil yang lebih lembut.

5. Keringkan cara betul

Elakkan memerah tudung dengan kuat. Sebaiknya, letakkan di atas permukaan rata atau gantung dengan kemas. Biarkan ia kering secara semula jadi dan elakkan penggunaan dryer untuk cucian seterusnya.

Artikel Lain