Selain enjin, penjagaan pendingin hawa kereta juga perlu diberi perhatian agar perjalanan kekal selesa. -Gambar hiasan AI
PERJALANAN jauh pulang ke kampung sering menjadi detik yang dinanti-nantikan, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.Namun dalam keterujaan itu, ramai terlupa satu perkara penting, iaitu keadaan sistem penyaman udara (aircond) kereta. Bayangkan sedang meredah lebuh raya di tengah panas terik, tiba-tiba aircond mula buat hal. Bukan sahaja perjalanan jadi tidak selesa, malah kos membaiki yang datang secara mengejut boleh ‘merabakkan’ poket, mencecah ribuan ringgit.ARTIKEL BERKAITAN: Hentikan segera 10 tabiat ini jika mahu jangka hayat kenderaan anda lebih panjangMenurut perkongsian seorang mekanik, ramai pemilik kenderaan sebenarnya terlepas pandang tanda-tanda awal kerosakan aircond, sedangkan masalah itu boleh dicegah lebih awal dengan langkah betul.Katanya, masih ramai beranggapan selagi aircond terasa sejuk, itu bermakna sistem berada dalam keadaan baik. Hakikatnya, ada beberapa petunjuk awal perlu diberi perhatian termasuklah;1. Enjin rasa berat atau mengerang apabila compressor pendingin hawa dihidupkan.2. Bunyi kasar pada bahagian depan ketika kereta diberhentikan.3. Aircond lambat sejuk pada waktu siang tetapi normal di malam hari.Jelas mekanik tersebut, semua tanda ini berkait rapat dengan keadaan minyak kompresor yang mungkin sudah menjadi hitam, likat atau semakin berkurangan.Apabila minyak tidak lagi berada pada tahap optimum, kompresor terpaksa bekerja lebih keras sehingga berisiko mengalami kerosakan serius atau ‘jammed’.“Bila dah sampai tahap itu, biasanya kos pembaikan bukan lagi ratusan ringgit, tapi boleh mencecah empat angka kerana perlu tukar satu set sistem aircond,” katanya.Sehubungan itu, dia mencadangkan satu langkah pencegahan yang masih kurang diketahui ramai iaitu penggunaan teknologi ‘auto flushing’.Melalui kaedah ini, mesin khas akan menyedut keluar minyak lama yang sudah berasid, membersihkan keseluruhan sistem paip, sebelum menggantikan dengan minyak baharu mengikut spesifikasi tepat ditetapkan pengeluar.Proses tersebut hanya mengambil masa sekitar 30 hingga 45 minit dan tidak memerlukan pembukaan papan pemuka atau meninggalkan kereta di bengkel.Menurutnya lagi, pelaburan kecil untuk melakukan flushing lebih awal mampu menjimatkan kos besar di kemudian hari.“Daripada tunggu rosak dan terpaksa keluarkan sehingga RM2,000 untuk tukar sistem aircond, lebih baik lakukan penyelenggaraan awal,” ujarnya.