Mengabadikan foto kenangan bersama keluarga adalah perkara 'wajib' setiap kali tibanya Syawal. -Gambar hiasan AI
TIDAK lengkap rasanya Aidilfitri tanpa merakam momen indah bersama keluarga dan rakan taulan sebagai kenangan.Tidak kiralah menggunakan telefon pintar atau kamera biasa, hakikatnya untuk mendapatkan gambar yang cantik bukanlah bergantung sepenuhnya kepada peralatan mahal, sebaliknya teknik mengambil foto memainkan peranan lebih penting. Seorang jurugambar, @fzahashim berkongsi beberapa tip mudah yang boleh membantu sesiapa sahaja tampil lebih natural dan menyerlah dalam gambar. ARTIKEL BERKAITAN: Foto ‘meletup’, estetik! ‘Camera shy’ bukan lagi masalah, jurugambar kongsi tip posingBerikut merupakan 10 panduan ringkas yang boleh dipraktikkan sebagaimana perkongsian jurugambar ini:1. Ambil gambar waktu pagiCahaya pada waktu pagi lebih lembut dan tidak terlalu keras, sekali gus membantu menghasilkan tona kulit yang lebih sekata dan cantik.2. Cari tempat yang terangPastikan anda berada di kawasan yang mempunyai pencahayaan mencukupi seperti berhampiran tingkap atau di luar rumah. Cahaya semula jadi sentiasa memberi hasil terbaik.3. Elak bawah matahari terikMengambil gambar di bawah cahaya matahari yang terlalu kuat boleh menghasilkan bayang-bayang 'keras' pada wajah, sekali gus menjejaskan hasil gambar.4. Jangan paksa poseGambar yang terbaik biasanya datang daripada momen spontan. Elakkan pose yang terlalu dibuat-buat kerana ia boleh nampak kaku.5. Aksi berborak atau ketawaCuba berinteraksi seperti berbual atau ketawa. Aksi ini menjadikan gambar lebih 'hidup' dan penuh emosi.6. Ambil dari paras mataSudut kamera yang sejajar dengan paras mata memberikan perspektif yang lebih natural dan seimbang.7. Latar belakangan simpleLatar belakang yang ringkas membantu subjek lebih menyerlah tanpa gangguan elemen lain yang terlalu 'sibuk'.8. Ambil banyak gambarJangan takut untuk mengambil banyak shot. Ini memudahkan anda memilih gambar terbaik selepas sesi fotografi.9. Jangan lupa ambil detailSelain gambar utama, rakam juga perincian seperti tangan, baju raya atau aksesori seperti cincin bagi menambah variasi kenangan.10. Nikmati momen tersebutPaling penting, jangan terlalu fokus untuk mendapatkan gambar sempurna hingga terlupa menikmati detik bersama insan tersayang.Kesimpulannya, gambar yang cantik bukan sekadar bergantung kepada teknik semata-mata, tetapi juga emosi dan keikhlasan dalam setiap momen yang dirakam. Raya hanya datang setahun sekali, jadi pastikan setiap kenangan itu diabadikan dengan penuh makna.