Pemilik kediaman perlu melakukan persediaan teliti sebelum renovasi agar dapat mengelakkan konflik dengan kontraktor. -Gambar hiasan AI
RENOVASI rumah sering dianggap satu pengalaman yang menyeronokkan.Daripada menukar cat ataupun kabinet dapur, semuanya dilakukan demi memberi nafas baharu agar dapat direalisasikan menjadi sebuah kediaman impian. Namun, di sebalik keseronokan itu, ramai pemilik rumah terlepas pandang perkara penting sebelum menyerahkan deposit kepada kontraktor.Seorang individu yang melalui pengalaman renovasi, @ruang teduh.house berkongsi tip berharga mengenai perkara yang wajib dibuat sebelum melakukan pembayaran deposit. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar tengok ‘design’ dan lokasi! Ejen hartanah kongsi 10 tip ‘random’, elak pembeli rumah menyesal kemudian hariUjarnya, ia adalah sebahagian daripada persiapan penting bertujuan untuk menjimatkan masa, wang, dan mengelakkan konflik dengan kontraktor di kemudian hari.Berikut merupakan perkongsian beliau:1. Jangan hanya lihat jumlah keseluruhan bilRamai pemilik rumah tertumpu kepada angka akhir tanpa memahami pecahan harga sebenar. Tanyakan lebih lanjut tentang:- Adakah harga termasuk material atau hanya upah?- Adakah kos termasuk pendawaian, perpaipan, dan kerja teknikal lain? Jika melibatkan cat, adakah harga termasuk primer atau sekadar finishing?2. Tanya apa yang tidak termasuk dalam hargaSatu lagi perkara yang kerap dilupakan adalah kos tambahan yang mungkin timbul.Contohnya, buang sampah construction, touch up defect, atau membaiki siling selepas pendawaian.Mengetahui kos yang tidak termasuk membantu anda membuat anggaran lebih tepat.3. Pengiraan jika berlaku pertambahan kerjaSemua pertambahan wajib ada Variation Order (VO) bertulis. Jangan hanya setuju melalui WhatsApp sebaliknya minta quotation tambahan rasmi.Paling penting, dapatkan harga sebelum kerja dijalankan, bukan selepas siap baru keluar bil.4. Proses bayaran ikut progressPembayaran sepatutnya mengikuti progress siap kerja. Tip beliau:- Datang ke tapak projek untuk semak sendiri.- Ambil gambar dokumentasi sebelum membuat pembayaran.- Pastikan fasa kerja betul-betul siap sebelum bayar.5. JaminanPastikan semua warranty bertulis; jika tidak, ia dianggap tidak wujud.Ini demi memastikan siapa yang bertanggungjawab jika berlaku kerosakan pada barang rumah semasa kerja dijalankan."Sebelum kerja mula, tanya dan clarify awal-awal. Bertanya bukan fussy, itu tanggungjawab sebagai pemilik rumah," ujarnya.Dengan mengikuti langkah-langkah ini, proses renovasi rumah dapat dijalankan dengan lebih lancar, teratur, dan mengurangkan risiko konflik dengan kontraktor.