Barang kemas diperbuat daripada emas tulen akan hilang 'seri' jika tidak dijaga dengan baik. -Gambar hiasan AI
WANITA sememangnya sinonim dengan perhiasan barang kemas, terutamanya emas tulen yang menjadi pilihan ramai sejak dahulu lagi.Selain menyerlahkan penampilan agar tampak lebih anggun dan elegan, emas juga sering dianggap sebagai lambang status, nilai estetika serta simpanan jangka panjang yang bernilai tinggi. Namun begitu, masih ramai yang kurang peka tentang cara penyimpanan yang betul sehingga barang kemas kelihatan kusam, tidak lagi berkilau dan hilang seri walaupun baru beberapa tahun dibeli.ARTIKEL BERKAITAN: Harga emas mencanak, golongan 'penyimpan' kena faham situasi semasa... Ini 3 soalan penting perlu dijawabHakikatnya, emas tulen memerlukan penjagaan rapi.Ia tidak boleh disimpan secara sembarangan kerana faktor persekitaran dan cara penyimpanan boleh mempengaruhi ketahanan serta keindahannya. Tambahan pula, barang bernilai tinggi seperti ini wajar dijaga dengan penuh teliti agar kekal cantik dan tahan lama.Emas tulen yang dijaga rapi akan kekal cantik dan tahan lama. -Gambar hiasan AI Berikut merupakan beberapa tip penting untuk menyimpan barang kemas diperbuat daripada emas dengan cara yang betul:1. Jangan simpan barang kemas dalam bekas besiBekas besi boleh menyebabkan tindak balas tertentu seperti kelembapan yang akhirnya menjejaskan permukaan emas.2. Jangan biarkan barang kemas bertindih antara satu sama lainPerhiasan yang bertindih boleh menyebabkan calar, terutamanya pada permukaan yang licin dan bersimpul antara satu sama lain. 3. Jangan simpan bersama barang bukan emas atau emas tiruanMencampurkan emas tulen dengan barang lain boleh menyebabkan geseran dan tindak balas yang menjejaskan kilauan emas.4. Jangan simpan barang kemas ketika masih basahAir atau kelembapan yang terperangkap boleh menyebabkan kotoran terkumpul dan mengurangkan kilauan. Sebaik-baiknya, pemilik disarankan menyimpan barang kemas mereka dalam kotak khas yang mempunyai ruang berasingan serta dilapisi bahan lembut. Cara ini bukan sahaja memastikan emas kekal berkilau, malah membantu mengekalkan nilainya untuk jangka masa panjang.