Situasi kereta dihalang kenderaan lain sering berlaku di kawasan premis perniagaan yang sibuk. -Gambar hiasan AI
MASALAH parkir bertindih atau double park hingga menghalang kenderaan lain bukan sahaja menyusahkan, malah boleh menjejaskan urusan harian pihak yang terlibat.Susulan itu, seorang pengguna Threads dikenali sebagai Ezzul Erfan berkongsi empat langkah yang boleh diambil sekiranya berdepan situasi sedemikian: 1. Ambil gambar dan video sebagai bukti (pastikan nombor plat serta masa kejadian jelas).2. Cuba cari pemilik kenderaan terlebih dahulu (bertanya di premis berhampiran).3. Sekiranya kereta dihalang terlalu lama, buat laporan kepada pihak polis atau majlis perbandaran. Tindakan boleh diambil di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menghalang kenderaan.4. Jika mengalami kerugian (terlepas urusan penting atau kehilangan pendapatan), mangsa boleh mengemukakan Letter of Demand (LOD) bagi menuntut ganti rugi di bawah Akta Undang-undang Sivil 1956.Perkongsian itu dibuat susulan tular satu kejadian double park di kawasan pusat perniagaan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.Dalam kejadian tersebut, seorang wanita bertindak di luar kawalan kerana berang selepas keretanya dihalang oleh sebuah Perodua Ativa berwarna merah selama kira-kira satu hingga dua jam.Akibat daripada gagal mengawal emosi, wanita itu bertindak mengetuk kenderaan berkenaan menggunakan lug wrench atau spanar tayar.Situasi itu turut menarik perhatian orang awam yang kemudian membantu mengalihkan kenderaan terbabit.Bagaimanapun, memilik kenderaan dilaporkan membuat laporan polis, manakala wanita berkenaan tampil memohon maaf secara terbuka atas tindakannya menggunakan kekerasan.