DALAM pergaulan seharian, ada kalanya niat baik untuk bertegur sapa boleh bertukar menjadi situasi janggal apabila soalan yang diajukan tanpa disengajakan menyentuh perkara sensitif.Lebih-lebih lagi apabila melibatkan hal peribadi seperti kehamilan yang mungkin membuatkan seseorang berasa kurang selesa untuk berkongsi mengenainya. Itu dialami seorang wanita kongsikan di media sosial apabila dia tersilap bertanya mengenai kehamilan kepada seorang kenalan ketika menghadiri majlis kenduri."Saya buat satu kesilapan besar masa dekat kenduri. Sebelum ini dah pernah ingatkan diri sendiri tanya dulu sebelum apa-apa.Soalan sensitif boleh mengguris hati seseorang dalam tempoh yang lama. -Gambar hiasan AI"Saya lupa nak tanya dia dulu. Maaf awak tengah merancang atau hamil ke. Tiba-tiba je saya terus cakap bila due? Semoga dipermudahkan semua urusan," ceritanya namun tidak menghuraikan respon rakannya itu.Namun, selepas insiden itu barulah dia terfikir kemungkinan soalan tersebut membuatkan individu berkenaan berasa kurang senang.Wanita itu mengakui kenalannya berkenaan kelihatan tidak begitu gembira dan seolah-olah mengelak daripadanya ketika mereka bertegur sapa.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita malu nak kongsi berita hamil... Anggap ada individu akan fikir ‘jauh’, berimaginasi aksi ‘bersama’ suamiARTIKEL BERKAITAN: Wanita TTC rimas kawan terlebih prihatin, sibuk kongsi tip supaya ‘lekat’... Macamlah diri sendiri tiada 'effort' untuk hamilSituasi itu membuatkan dia tertanya-tanya sama ada kenalannya itu sebenarnya tidak hamil, sekali gus berasa bersalah kerana terlanjur bertanya."Saya minta maaf sangat. Dalam kereta, masa dalam perjalanan balik, baru saya perasan muka awak macam tak gembira."Awak macam cuba mengelak bila saya cakap macam itu. Jadi awak tak mengandung ke sebenarnya? Saya minta maaf.Tersilap tanya kenalan soal kehamilan di kenduri.Niat nak mendoakan, wanita berasa serba salah.Kenalan didakwa cuba mengelak selepas diajukan soalan.Wanita menyesal selepas menyedari kesilapannya.Netizen kongsi pengalaman tersalah anggap wanita hamil.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sebenarnya saya keliru... Saya nak doakan dia perkara baik-baik tapi pada masa sama saya takut salah," katanya lagi.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memahami situasi janggal tersebut, selain berkongsi pengalaman hampir sama ketika tersilap menganggap seseorang sedang hamil."Mungkin lain kali tak payah doakan dia apa-apa. Pergi kenduri, makan, lepas itu terus balik. Sembang hal dunia. Jerebu yang melanda negara semakin teruk contohnya."Pernah juga terlanjur cakap begini. Lepas tu dah tak pernah, melainkan orang itu beritahu. Rasa bersalah sangat," komen beberapa netizen.