suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita kena ‘pau’ bayar bil RM80... Kenalan bawa tiga anak buah lepas tangan, paling tak tahan siap buat drama!

Segelintir wanita memilih untuk membayar harga makanan sendiri walaupun bersama kekasih. -Gambar hiasan AI

NIAT seorang wanita memenuhi pelawaan kenalan untuk makan bersama bertukar menjadi pengalaman mengecewakan apabila dia akhirnya terpaksa membayar keseluruhan bil.

Lebih membuatkannya terkilan, lelaki tersebut turut membawa tiga anak saudaranya yang sudah remaja dan bekerja, namun tiada seorang pun tampil menjelaskan bayaran seperti dijanjikan.

Menceritakan kejadian itu, lelaki tersebut pada awalnya mengajaknya makan di sebuah restoran dan mahu membawa tiga orang anak saudaranya.

"Dia cakap anak saudaranya akan bayar nanti, jadi saya pun okay je untuk sertai, tak perlu masak dekat rumah. Lelaki ini rancang nak makan dekat restoran Thai.

Tempoh percintaan adalah waktu sebenar untuk mengenali hati budi pasangan. -Gambar hiasan

Tempoh percintaan adalah waktu sebenar untuk mengenali hati budi pasangan. -Gambar hiasan

"Cuma masa makan itu, lelaki ini dengan anak-anak buah dia asyik berbahas fasal keluarga mereka dan saya macam kangkung dekat situ, enjoy makanan," luahnya di Threads.

Menurutnya, selepas selesai menikmati hidangan, dia memberi bayangan bahawa ingin pulang.

Namun situasi bertukar menjadi janggal apabila lelaki tersebut tiba-tiba bertanya siapa yang akan membayar bil mereka.

  • Seorang wanita menerima pelawaan kenalan lelaki untuk makan di restoran bersama tiga anak saudaranya.
  • Sepanjang makan, lelaki itu dan anak-anak saudaranya sibuk berbual mengenai keluarga sehingga membuatkan wanita berkenaan berasa tersisih.
  • Selepas selesai makan, mereka saling menuding dan bertengkar mengenai individu yang sepatutnya menjelaskan bayaran.
  • Tidak mahu situasi terus janggal, wanita itu akhirnya membayar keseluruhan bil berjumlah kira-kira RM80 menggunakan kadnya sendiri.
  • Netizen mendakwa lelaki terbabit sengaja mempergunakan wanita tersebut untuk mendapatkan makanan percuma.

"Mereka gaduh depan saya dan saling menunjuk siapa yang nak bayar. Saya diam sahaja sambil melihat masing-masing sambil tergelak sebab tak mahu keadaan menjadi janggal," ujarnya.

Ceritanya lagi, disebabkan situasi 'saling menunjuk' tersebut berlarutan lama, dia mengambil langkah membuat bayaran menggunakan kadnya sendiri.

"Dia patut sedar yang dia kena bayar sebab anak-anak buah dia itu muda lagi dan tak jauh beza dengan umur saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat tinggal pakwe kedekut! Banyak berhabis beli hadiah, tempah ‘fine dining’... Setahun bercinta cuma dapat sebungkus teh

ARTIKEL BERKAITAN: Malang dapat boyfriend kedekut, keluar ‘dating’ kedai ayam penyet pun minta minta bil asing... Perangai ‘Haji Bakhil’ terserlah selepas kahwin!

"Rupanya dia tak ada duit langsung dan sebelum balik, tiga orang budak itu ucap terima kasih pada dia sebab belanja," luahnya sambil menyatakan kos hidangan tersebut dianggarkan RM80.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya beranggapan lelaki terbabit hanya ingin mempergunakannya untuk makan percuma.

"Kebulur betul sampai nak makan pun kena tipu orang, tak malu punya jantan.

"Tak malu betul kaum lelaki yang harapkan duit perempuan, dia yang ajak siap bawa keluarga, akhirnya menipu," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain