suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gurauan di kedai elektrik cetus pertengkaran, lelaki cuba meleraikan maut ditikam rakan

Suspek ditahan oleh orang ramai sebelum diserahkan pada polis. -Gambar hiasan

NIAT seorang lelaki untuk meleraikan pertengkaran antara dua rakannya berakhir tragis apabila dia didakwa ditikam pada leher oleh seorang daripada mereka.

Mangsa, Mukul Thakur, pada awalnya cuba menenangkan suspek yang dikenali sebagai Jitendra Shah selepas lelaki itu kembali ke sebuah kedai barangan elektrik beberapa jam selepas pertengkaran pertama.

Pada masa tersebut, dia tidak menyedari rakannya datang membawa pisau.

Kejadian berlaku di Vesu, India, selepas suspek dan Thakur mengunjungi kedai milik Suraj Rajput pada malam Khamis.

Berdasarkan aduan yang dibuat Rajput, kedua-dua lelaki itu sudah kira-kira lapan tahun datang ke kedainya untuk membeli barangan elektrik.

Pertengkaran bermula apabila suspek bergurau bahawa pekerja Rajput, Aniket, berkelakuan lebih seperti pemilik kedai berbanding Rajput sendiri.

Kata-kata itu mencetuskan pertengkaran antara dia dan Rajput sebelum mangsa masuk campur untuk menenangkan keadaan. 

Bagi mengelakkan keadaan lebih tegang, mangsa kemudiannya bertindak menghantar suspek pulang ke rumah.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas itu, dia didakwa kembali ke kedai dan menyambung pertengkarannya dengan Rajput.

Mangsa sekali lagi cuba meleraikan keadaan dengan membawa suspek ke belakang kedai untuk berbincang namun dia diserang menggunakan pisau dan ditikam di leher.

Rajput yang bergegas membantu rakannya turut diserang suspek sehingga mendapat perhatian penduduk serta orang ramai.

Suspek yang pada awalnya melarikan diri telah ditahan dan diserahkan kepada anggota polis yang tiba di lokasi.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Awam dengan ambulans, namun disahkan meninggal dunia sejurus tiba. -Agensi

Artikel Lain