Rawatan psikatari diperlukan bagi membantu individu yang mengalami masalah gangguan mental. -Gambar hiasan
AKIBAT gagal mengawal kemarahan, tindakan seorang pemuda membakar rumah keluarganya sendiri mengundang padah apabila kediaman mereka hangus dijilat api.Dalam kejadian di Krapyak, Semarang Barat, Jawa Tengah di Indonesia pada Khamis, suspek yang berusia 23 tahun itu dipercayai berang selepas ibu bapanya enggan membelikan motosikal jenis RX King. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Semarang Barat, Suprapto berkata, sebelum kebakaran, suspek dilaporkan berada dalam keadaan marah sambil mengumpulkan beberapa barang di dalam rumah.Ujarnya, suspek kemudian menggunakan putung rokok untuk membakar tilam sehingga api merebak dan memusnahkan rumah."Suspek mengamuk kerana menuntut dibelikan motosikal RX King, sedangkan pihak keluarga menjelaskan mereka sebenarnya sudah pernah belikan sebuah sebelum ini."Bagaimanapun, motosikal berkenaan hilang selepas diberikan kepada orang lain dan suspek bertegas meminta ibu bapanya membelikan lagi sebuah motosikal yang sama," katanya.Tambah Suprapto, harga motosikal yang dibelikan sebelum ini adalah sekitar 8 juta rupiah (kira-kira RM1,800). Susulan kejadian amukan itu, suspek berjaya ditahan pihak berkuasa sebelum dihantar ke Hospital Psikiatri Dr Amino Gondohutomo di Pedurungan untuk tindakan lanjut.Pemeriksaan mendapati suspek rupanya mempunyai rekod kesihatan mental dan pernah menjalani rawatan selama dua minggu di sebuah hospital psikiatri di Magelang pada September tahun lalu. -Agensi