suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tengah leka berbual di beranda, dua wanita cedera parah ditikam anak saudara sendiri

Perasaam demdam mendorong seseorang bertindak di luar batas fikiran logik. -Gambar hiasan

DUA wanita yang sedang leka berbual di beranda rumah berdepan detik cemas selepas cedera parah akibat diserang dan ditikam oleh anak saudara mereka sendiri.

Kejadian yang menggemparkan itu dilaporkan berlaku di Cirebon, Jawa Barat di Indonesia.

Berdasarkan laporan, mangsa masing-masing berusia 52 dan 65 tahun diserang pada petang Rabu di kawasan Pecilon, Desa Sutawinangun, Kedawung, sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Kedawung, Ahmad Nasori berkata, ketika kejadian, kedua-dua wanita itu sedang duduk bersama suami salah seorang mangsa apabila suspek  tiba di rumah berkenaan.

Menurutnya, lelaki itu terlebih dahulu menikam mangsa berusia 52 tahun di bahagian pinggul sebelum menikam seorang lagi mangsa di bahagian kanan perut.

"Anak mangsa kemudian keluar untuk menghentikan suspek dan membawa kedua-dua mangsa masuk ke dalam rumah," katanya.

Ekoran itu, suspek melarikan diri, namun berjaya ditahan di Jalan Simega hasil usaha polis dan penduduk setempat. 

Polis turut menemukan sebilah pisau sepanjang 10 sentimeter di lokasi serangan.

Nasori berkata, polis masih menyiasat motif sebenar kejadian. 

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati suspek dipercayai menyimpan dendam kerana berasa dia pernah dibuli dan dipulaukan oleh kedua-dua ibu saudaranya itu. -Agensi

Artikel Lain