suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja terjaga dari tidur sebab bunyi bising, terkejut temui ibu terbaring berlumuran darah - “Ayah tikam ibu“

Suspek ditahan polis bagi membantu siasatan lanjut. -Gambar hiasan

SEORANG remaja perempuan yang terjaga akibat bunyi bising, menemukan ibunya terbaring dengan beberapa kesan tikaman di ruang tamu rumah mereka di Kaizuka, Jepun.

Dalam keadaan cemas, pelajar sekolah menengah itu menghubungi polis kira-kira pukul 3 pagi Selasa dan memberitahu bapanya menikam ibunya. 

Polis yang bergegas ke sebuah kompleks perumahan awam menemukan mangsa, Kiyomi Matsushita, 55, dalam keadaan terlentang dan segera menghantarnya ke hospital.

Namun mangsa disahkan meninggal dunia.

Menurut polis, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan sebilah pisau buah dengan kesan darah.

Susulan itu, suspek, Takehiro Inaoka, 58, ditahan kerana disyaki melakukan cubaan membunuh. 

Tambah polis, Inaoka mendakwa dia menikam mangsa ketika mereka bergelut, namun menafikan berniat membunuhnya.

Untuk rekod, sebelum kejadian, pasangan yang tinggal bersama tanpa berkahwin itu pernah tiga kali berjumpa polis berhubung pertikaian antara mereka.

Malah, pada malam sebelumnya, Inaoka datang ke Balai Polis Kaizuka dan mendakwa pasangannya berlaku curang.

Artikel Lain