suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaji tertunggak RM470, bekas akauntan ‘ajar’ majikan... Bakar pasar tekstil, syarikat tanggung kerugian RM11 juta!

Keadaan kebakaran dalam bangunan berkenaan.

GARA-GARA tidak menerima baki gaji, seorang bekas akauntan bertindak membakar sebuah pasar tekstil sehingga menyebabkan kerugian besar pada syarikat itu.

Tindakan tidak bermoral itu membuatkan suspek, Vinod Salve ditahan Pasukan Jenayah Surat pada Isnin atas tuduhan membakar Pasar Tekstil Shyam Sangini di Surat, India pada 9 September lalu.

Menurut polis, suspek yang mula bekerja di premis tersebut sejak April 2026 menerima gaji bulanan sebanyak 30,000 rupee (RM1,410) nekad untuk berhenti kerja selepas sering diganggu, dimarahi dan dipersalahkan oleh akauntan kanan serta pemilik kedai.

Selepas berhenti, suspek beberapa kali menghubungi dan mengunjungi bekas tempat kerjanya bagi menuntut baki gaji sebanyak 10,000 rupee (RM470).

Bagaimanapun, pemilik premis didakwa memberikan pelbagai alasan selain memintanya datang semula pada hari atau tarikh lain.

Berasa terhina dan tidak berpuas hati, dia kemudiannya merancang untuk membakar bungkusan barangan tekstil yang diletakkan di luar kedai bagi menyebabkan kerugian kepada bekas majikannya.

Suspek kemudian memasuki pasar berkenaan kira-kira pukul 12.30 pagi hari kejadian sebelum menuju ke tingkat enam dan menjayakan rancangannya sehingga mengakibatkan kerugian kira-kira 240 juta rupee (RM11.3 juta) kepada pemilik.

Bagaimanapun, perbuatannya itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) meskipun dia memakai topeng dan hanya mengambil masa kira-kira empat minit untuk melaksanakan rancangan.

Tambah polis, suspek yang cuba melarikan diri ke bandar lain bagaimanapun kembali ke Surat pada malam Ahad dan berjaya ditahan pada Isnin.

Ketika disoal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan itu kerana mahu ‘mengajar’ bekas majikannya mengenai kepentingan wang. -Agensi

Artikel Lain