suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak puas hati isu dron, warga emas upah banduan ‘ambil’ nyawa jiran... Tawar RM20,000 sebagai pendahuluan

Penggunaan dron perlu dikawal bagi mengelakkan ia disalahgunakan. -Gambar hiasan AI

HANYA kerana berselisih faham mengenai penggunaan dron, seorang lelaki tergamak mengupah rakan banduannya bagi membunuh jiran.

Kejadian dilaporkan berlaku di Lake County, Florida.

Lebih mengejutkan, suspek berusia 69 tahun itu dipercayai menawarkan bayaran pendahuluan sebanyak AS$5,000 (RM20,900) untuk melaksanakan rancangan berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam Pejabat Syerif Lake County, Sarjan James Vachon berkata, rancangan suspek yang dikenali sebagai David Butka itu terbongkar selepas rakan banduannya menyerahkan nota tulisan tangan mengenai perkara tersebut kepada syerif pada 16 September.

Menurut James, suspek dan kenalannya itu berkenalan semasa dia berada dalam tahanan kerana didapati bersalah selepas tidak mempertikaikan pertuduhan berkaitan serangan teruk pada 22 Julai lalu.

Ia berikutan, seorang saksi kejadian tersebut memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa berlaku pertikaian sivil berpanjangan berhubung tindakan Butka menerbangkan dron di atas kediaman jirannya.

Susulan itu, ketika berada dalam tahanan pada 7 atau 8 September lalu, suspek didakwa menghampiri seorang banduan lain dan memintanya membunuh jiran terbabit.

Dia turut mendakwa mempunyai kira-kira AS$1.3 juta (RM5.43 juta) dalam akaun bank serta menawarkan AS$5,000 sebagai bayaran pendahuluan.

Suspek kemudiannya didakwa menyerahkan pelbagai maklumat mangsa termasuk nama pertama, alamat rumah, nombor telefon, ciri fizikal dan rutin pada waktu pagi.

Perancangan menerusi perbualan itu dicatatkan rakan banduan sebelum menyerahkan nota tulisan tangan berkenaan kepada pegawai Pejabat Syerif Lake County pada 16 September.

Suspek bagaimanapun menafikan tuduhan berkenaan dan menyatakan wang pendahuluan diberikan untuk rakan banduan terbabit mendapatkan khidmat peguam.

Mengulas lanjut, Pegawai Perhubungan Awam Pejabat Syerif Lake County berkata, susulan dakwaan dan pengakuan yang direkodkan itu, pihaknya masih belum dapat memastikan tujuan suspek mahu saksi berkenaan dibunuh. 

Susulan itu kata beliau pada Isnin, suspek kemudiannya didakwa sekali lagi dengan satu pertuduhan meminta individu lain melakukan pembunuhan. -Agensi

Artikel Lain